About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday 13 October 2015

Tahun Baru!!





Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik..
Jatuh bangun jatuh bangun..

Dah akhir tahun dah.. Ya Allah sekejap sangat rasa masa berlalu.
Demi masa..
Sesungguhnya manusia kerugian..
Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh..

Mengeluh jap.. Huhu..
Takpe, Alahmdulilah Allah swt masih bagi kesempatan lagi untuk bernafas dan memperbaiki diri.

So.. acane azam korang tahun lepas? Tercapai?

Kalau nasib sama macam aku, ada yang tercapai ada yang belum. Yang belum tu, macam biasalah.. Postpone ke tahun ini... Heeeee..

Dah list kan apa azam korang tahun ini? Harap dah la ehh.. 
Sebab bila kita dah listkan semua azam kita, senang kalau lupa boleh refer balik. At least kita ada usaha dan target untuk memperbaiki diri.

Aku pun dah listkan awal-awal dah azam untuk tahun 1437 Hijrah ni. Nak tengok?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Taraaaa



Owkay, lepas dah listkan azam baru. Jom kita tengok sikit sejarah + amalan yang sunat untuk topup pahala kita yang tak berapa nak banyak tu. :)



Sejarah
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa Penting :

1 Muharam 
 – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam 
– Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

-- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

-- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

-- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

-- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

-- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

-- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

-- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

-- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

-- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

-- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

-- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

-- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

-- Hari pertama Allah menciptakan alam.

-- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

-- Hari pertama Allah menurunkan hujan.

-- Allah menjadikan ‘Arasy.

-- Allah menjadikan Luh Mahfuz.

-- Allah menjadikan alam.

-- Allah menjadikan Malaikat Jibril. 

-- Nabi Isa diangkat ke langit.


Doa Akhir Tahun Hijrah
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Doa Awal Tahun Hijrah
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Amalan-amalan Sunat :

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 Perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram)

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Moga kita sama-sama mendapat keberkatan dariNya.. aminn..

Salam Maal Hijrah semua.. :)

0 comments:

Post a Comment