About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Friday 30 October 2015

Biar Kecewa Cinta Dengan Manusia Tapi Jangan Dengan Allah..




Aku sedar dalam soal hati dan cinta ini tiada undang-undang yang rasmi dan tidak juga kerana keterpaksaan. Jatuh cinta adalah kerana kita yang menginginkannya. 

Jatuh cinta adalah pekara yang terindah dalam hidup dan putus cinta bagaikan mimpi ngeri yang tak mampu terungkapkan.

Lalu aku tersedar bahawa cinta itu adalah sebahagian cubaan hidup ini, cinta adalah sebuah risiko yang perlu kita hadapi kalau indah maka bahagialah kalau kecewa itu tidak terkata.

kadang-kadang bila kita memiliki cinta kita terlupa bahawa cinta itu perlu di semai dan dipupuk dengan perasaan kasih sayang.Kita terlalu yakin bahawa itulah cinta hingga ke akhir hayat.Dan apabila semuanya berakhir baru kita sedar kesilapan apa yang kita lakukan. Malangnya kita sudah terlambat.


Apa yang aku tahu soal cinta ini adalah soal hati dan ianya juga adalah soal jodoh.Kita hanya mampu merancang dan ALLAH yang menentukan segalanya. Tapi aku lebih rela kehilanganmu dan aku tak sanggup kalau kehilangan Allah yang selalu memberikan segalanya dan selalu ada untuk aku.

Ketika aku menangis sekian lama dan hatiku masih terasa pedih.Allah sudah menghitung airmata itu.Jika aku terfikir bahwa hidupku sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja.Allah sedang menunggu bersama-samaku.Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan aku merasa tertekan.Allah bersamaku untuk menenangkanku.Ketika aku terfikir bahwa aku sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi,Allah mempunyai jawapannya.Ketika aku hiba ,gundah gelana dan hilang arah, Allah ada selalu bersamaku.Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan aku merasa ingin bersyukur.Allah telah pun memberkati,ketika aku merasa sendirian dan rakan-rakanku terlalu sibuk dengan dunia mereka,Allah sentiasa berada di sampingmu.
 
Daripada Ibnu Abbas r.anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;

“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” 

(At-Tirmizi). 

Dalam satu hadith yang lain: “Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka.”Bukan sahaja wajah yang terselamat, tetapi seluruh badannya dan orang itu ialah ahli syurga. Airmata memberi syafaat kepada tuannya di hari kiamat dengan izin Allah.

ALLAH SELALU ADA UNTUK AKU. TAPI CINTA ITU ADALAH DI SAAT KITA BERTEMU DAN MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT TERHADAP SESEORANG. JIKA CINTA ITU TIDAK BERKEKALAN MUNGKIN ALLAH MENGINGINKAN KITA BERTEMU DAN BERCINTA DENGAN ORANG YANG SALAH SEBELUM BERTEMU DENGAN ORANG YANG TEPAT. KITA HARUS MENGERTI DAN BERLAJAR UNTUK MENGHARGAINYA ..

Friday 23 October 2015

6 Manfaat Kurma Untuk Kecantikan Kulit




Kurma adalah buah asli Timur tengah yang terkenal bagus untuk menjaga kesihatan. Saat puasa ramadhan tiba, kurma mudah sekali ditemui. Buah yang mempunyai rasa manis ini juga biasa dijadikan oleh oleh khas Haji dan Umroh. Manfaat buah kurma untuk kesihatan di antaranya adalah menyembuhkan sembelit, bagus untuk ibu hamil dan menjadi sumber energi setelah puasa. 
Manfaat buah kurma sebenarnya tidak terbatas untuk kesihatan saja. Kandungan vitamin dan mineral dalam kurma ternyata cukup bagus untuk memelihara kesihatan kulit. Kurma mengandung vitamin C, vitamin B6, vitamin K, asam folat, vitamin A, kalium, kalsium, energi, karbohidrat, protein, potasium dan serat makanan. Untuk mengetahui manfaat kurma untuk kecantikan kulit lebih lanjut, jom baca entry di bawah :)

Kurma Melembutkan Kulit
Dengan konsumsi kurma setiap hari maka kulit akan jadi lebih halus. Ini adalah manfaat dari dalam saat mengkonsumsi kurma. Manfaat kurma ini juga boleh diambil dengan membuat masker dari kurma. Caranya mudah iaitu ambil 6 biji kurma yang telah dipisahkan dengan bijinya. Blender isi kurma sampai halus. Setelah wajah dibersihkan maka aplikasikan masker kurma terus pada wajah. Biarkan masker selama 20 minit lalu bilas dengan air suam.

Kurma Mencerahkan Kulit
Kandungan vitamin C pada kurma bisa dimanfaatkan untuk mencerahkan kulit. Baik dnegan cara dimakan maupun dibuat masker sama-sama memberikan manfaat. Lebih baik bila menggunakan dua cara, dimakan dan masker kurma, untuk hasil lebih maksima. Gunakan masker buah kurma ini paling tidak seminggu dua kali. Lakukan secara rutin selama sebulan. Perhatikan perubahan kulit wajah anda. 

Kurma Mengobati Dermatitis
Kandungan B6 dan protein dalam kurma boleh digunakan untuk mencegah dan mengubati penyakit kulit atau dermatitis. Caranya adalah membuat masker dari kurma. Sapukan masker kurma secukupnya pada daerah yang terdapat dermatitis. Tunggu selama 15 minit. Kemudian bersihkan masker kurma tadi menggunakan air suam. Lakukan cara ini sampai masalah kulit sembuh sempurna. Jangan lupa untuk mengkonsumsi kurma untuk pengubatan dari dalam.

Kurma Baik Untuk Kulit Sensitif
Manfaat kurma untuk kecantikan kulit lainnya adalah bagus digunakan untuk jenis kulit sensitif. Sekali lagi manfaat vitamin B6 dan protein dalam kurma ternyata bagus untuk digunakan merawat kulit sensitif. Caranya adalah menggunakan masker kurma. Korang boleh menambahkan yoghurt ke dalam masker secukupnya. Sapukan masker kurma tadi pada wajah sensitif atau yang sedang iritasi. Biarkan selama 10 minit lalu bilas dengan air bersih.

Bodyscrub Dari Kurma
Bodyscrub kurma adalah satu lagi cara memanfaatkan buah kurma untuk merawat kulit. Cara membuat bodyscrub kurma juga mudah. Korang hanya perlu mencampur buah kurma, cranberry dan jus aprikot menjadi satu. Sapukan scrub kurma ke seluruh tubuh sambil massage sikit-sikit. Biarkan selama 15 minit sampai kering lalu mandilah dengan air bersih. Korang boleh menggunakan scrub kurma ini seminggu sekali secara rutin.

Kurma Menjaga Kesegaran Kulit
Kurma juga bisa dimanfaatkan untuk menjaga kesegaran kulit wajah dan tubuh. Kandungan protein dan potasium dalam kurma membuat regenerasi sel sel kulit terjaga. Sel sel kulit jadi lebih segar dan muda. Cara merawat kulit dengan scrub kurma juga boleh digunakan untuk merawat kesegaran kulit. Enam manfaat kurma untuk kecantikan kulit di atas semoga bisa menjadi referensi untuk korang. 


p/s : Tips yang diambil ni pun lepas aku jenguk-jenguk blog lain. Dan diamalkan sendiri jugak. Dulu aku jenis tak suka makan kurma. Tapi bila try terus try. Sedap weyh! So teruslah amalkan. Setiap hari mesti aku makan 7 biji. Sebab dalam Rasulullah s.a.w penah kata :

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW


Monday 19 October 2015

Jodoh..





Assalamualaikum,
Semalam aku ada undangan jemputan kenduri kahwin kawan. Kawan yang baru saja kenal, tak sampai setahun rasanya. Tetapi, baru kenal pun dah rasa senang nau nak klik dengan budak ini. Huhu.. Dia ni muda setahun dari aku. Cantik dan lembut orangnya.

Entry kali ni bukan nak ceritakan pasal perkenalan kami. Tapi nak ceritakan sesuatu yang membuatkan aku tertarik pada kisahnya. Dia berkahwin dengan seorang lelaki yang baru saja kenal dalam 5 bulan. Katanya nak bercinta selepas nikah. Alhamdulilah. Aku juga berazam untuk mencapai cinta selepas nikah.

Perkenalannya dengan suami dalam tempoh yang singkat membuatkan aku excited nak tau macam mana dia boleh membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki tersebut. Jodoh barangkali. Nampak clishe kann.. Tapi lepas tau jalan cerita sebenar, membuatkan aku ubah pandangan. Inilah namanya Jodoh Allah..

Ada yang pernah pesan pada aku,

Yui, kalau nak dapat jodoh yang baik, kita kenalah cari di tempat yang baik. 

"Cari di tempat yang baik-baik..." Itu pesanannya.

Tapi, lepas aku gi kenduri semalam. Aku belajar sesuatu....

Jodoh.. 
Tak perlu dicari..
Sampai masa, ianya akan hadir dengan sendirinya..

Macam kisah kawan aku ni. Dia ni jenis yang duduk rumah. Kurang bersosial dengan kawan-kawan. Facebook? Twitter? Instagram? WeCHat? Memang dia tak join.. Dia just ada WhatsApp sahaja! Dalam hati aku kata, ada jugak orang macam ni. Hakhakhak..

Tapi itulah yang menariknya dia. Gadis yang lembut tapi tegas dalam berbicara. Beragama dan terpelihara. Gadis yang hanya duduk di rumah, tidak beria-ria mencari jodohnya, hanya berusaha dalam memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Subhanallah..

Semalam 18 Oktober 2015, dia sah menjadi seorang isteri kepada orang yang agak ternama juga dalam Malaysia. Allahuakhbar. Dia memang layak untuk dapat kurniaan begitu.

So, moral of the story...

Jodoh,
Tak perlu dicari.
Hanya perlu berusaha.. Bagaimana?
Usaha memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

Allah kan pernah kata :
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Begitu juga sebaliknya.

Allah tidak pernah mengambil apa-apa daripada hambaNya, melainkan Dia menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Serahkan hati bulat-bulat pada Allah. Allah Maha Mengetahui....

Thanx Allah sebab memberi peluang pada aku untuk merasai pengalaman ini. Pengalaman yang sangat berharga untuk diri aku sendiri. Allahu...


Friday 16 October 2015

3 Hikmah Bercinta Selepas Nikah.




Perkahwinan.
Satu proses penyatuan dua hati dengan melalui beberapa proses yang bersistematik. Menurut pandangan Islam, 'nikah' adalah akad yang menghalalkan di antara lelaki dan wanita hidup bersama-sama dan menetapkan tiap-tiap dari mereka hak dan tanggungjawab.

Pada zaman yang serba moden lagi canggih ini, kebanyakkan mereka yang ingin berkahwin memilih untuk bercinta dengan pasangan mereka sebelum mereka mengikat hubungan mereka dengan ikatan nikah. Tidak ramai yang mahu bercinta selepas bernikah.
Kita dimomokkan dengan andaian-andaian buruk seperti ‘boleh hadirkah perasaan cinta tersebut?’ dan ‘bagaimana pula jika perasaan tersebut tidak hadir selepas nikah?’

Hikmah #1 – Tiada Rasa Bersalah

‘Cinta’ itu sendiri adalah abstrak. ‘Cinta’ boleh ditafsirkan sebagai cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan sebagainya. Sebagai seorang muslim dan muslimah, kita semua pasti tahu bahawa hubungan cinta antara sepasang kekasih tanpa ikatan sah adalah dilarang sama sekali jika melibatkan sentuhan fizikal.
Islam menekankan bahawa haram bagi seseorang lelaki menyentuh seorang perempuan yang bukan mahramnya. Larangan ini sangat keras sehinggakan baginda Muhammad s.a.w menegaskan bahawa
“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.”Maksud hadith, dari riwayat Thabrani
Dengan bercinta selepas bernikah, pasangan tersebut boleh mengenali antara satu sama lain tanpa terhalang oleh batas-batas yang ketat. Perkara ini sama sekali tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang bercinta sebelum berkahwin.

Hikmah #2 – Senang Menzahirkan Rasa Cinta
Ini adalah sesuatu perkara yang amat sukar untuk dipercayai melainkan kita sendiri melaluinya. Setiap pasangan akan melalui saat di mana cinta mereka diuji. Bagi mereka yang belum bernikah, ujian tersebut akan menyebabkan mereka tidak tenteram dari perasaan negatif. Masih adakah cinta? Adakah dia setia? Mana buktinya?
Masalah-masalah sebegini dapat diatasi oleh mereka yang bercinta selepas berkahwin dengan mudah kerana tiada batasan untuk mereka menzahirkan rasa cinta mereka. Tidak ada halangan untuk mereka saling menzahirkan rasa cinta melalui kata-kata ataupun sentuhan.
Berbeza pula dengan mereka yang bercinta tanpa ada ikatan yang sah, hubungan antara mereka berdua dibatasi oleh syarak dan menyukarkan kedua-dua pihak dalam menyelesaikan pertengkaran yang ada.

Hikmah #3 – Proses Berkenalan Tanpa Batasan

Sesiapa yang pernah bercinta pasti akan mengakui bahawa transaksi daripada proses ‘berkenalan’ kepada ‘percintaan’ merupakan satu fasa yang sangat indah sekali. Banyak bait-bait lagu dan puisi-puisi yang mengungkapkan betapa manisnya fasa ini.
Bayangkan anda berada di fasa ini, tetapi tiada batasan yang menyekat pergaulan anda dan kekasih anda. Mahu berjumpa? Terus sahaja jumpa, tidak perlu bersusah-payah.
Mahu memeluk kekasih anda? Peluk sahaja, tiada dosa di atas anda, malah diberi ganjaran pahala! Inilah satu hikmah yang besar jika kita bercinta selepas berkahwin; ianya khusus untuk mereka yang memilih jalan ini.
Apakah ada lagi fasa yang lebih indah di dalam percintaan kita selain dari fasa pertukaran dari berkenalan ke percintaan?

Konklusi

Bercinta selepas berkahwin merupakan sesuatu perkara yang sangat indah lagi seronok. 
Tiada masalah jika mana-mana pihak mahu bercinta sebelum berkahwin asalkan mengikut batas syarak yang dibenarkan dan kedua-dua pihak yang terlibat mempunya matlamat yang jelas; bernikah.
Yakinlah, bahawa perasaan cinta itu milik Allah dan Dia berkuasa untuk meniup rasa cinta itu ke dalam hati kita selepas bernikah. Cinta selepas nikah itu indah; semoga percintaan kita semua diberkati Allah sebagaimana Dia memberkati percintaan di antara para Rasul-Nya dan isteri-isteri mereka.

Tuesday 13 October 2015

Tahun Baru!!





Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik..
Jatuh bangun jatuh bangun..

Dah akhir tahun dah.. Ya Allah sekejap sangat rasa masa berlalu.
Demi masa..
Sesungguhnya manusia kerugian..
Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh..

Mengeluh jap.. Huhu..
Takpe, Alahmdulilah Allah swt masih bagi kesempatan lagi untuk bernafas dan memperbaiki diri.

So.. acane azam korang tahun lepas? Tercapai?

Kalau nasib sama macam aku, ada yang tercapai ada yang belum. Yang belum tu, macam biasalah.. Postpone ke tahun ini... Heeeee..

Dah list kan apa azam korang tahun ini? Harap dah la ehh.. 
Sebab bila kita dah listkan semua azam kita, senang kalau lupa boleh refer balik. At least kita ada usaha dan target untuk memperbaiki diri.

Aku pun dah listkan awal-awal dah azam untuk tahun 1437 Hijrah ni. Nak tengok?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Taraaaa



Owkay, lepas dah listkan azam baru. Jom kita tengok sikit sejarah + amalan yang sunat untuk topup pahala kita yang tak berapa nak banyak tu. :)



Sejarah
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa Penting :

1 Muharam 
 – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam 
– Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

-- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

-- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

-- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

-- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

-- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

-- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

-- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

-- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

-- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

-- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

-- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

-- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

-- Hari pertama Allah menciptakan alam.

-- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

-- Hari pertama Allah menurunkan hujan.

-- Allah menjadikan ‘Arasy.

-- Allah menjadikan Luh Mahfuz.

-- Allah menjadikan alam.

-- Allah menjadikan Malaikat Jibril. 

-- Nabi Isa diangkat ke langit.


Doa Akhir Tahun Hijrah
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Doa Awal Tahun Hijrah
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Amalan-amalan Sunat :

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 Perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram)

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Moga kita sama-sama mendapat keberkatan dariNya.. aminn..

Salam Maal Hijrah semua.. :)

Tuesday 6 October 2015

Tips Cara Kuruskan Pipi Yang Tembun!





Orang selalu tegur saya,

"Yui.. Badan hang maintain tapi awat pipi hang over sangat?"

"Yui.. Ko makan banyak-banyak makanan p naik kat pipi ehh..?"

Haiyaaa.. Acane nak habaq ehh..? Ntah! Makan banyak badan maintain sebab saya selalu exercise kot. Balik kerja p joging 1 round Taman Tasik Titiwangsa. Sebelum tidur, seat up dulu dalam 10 kali. Gitulah hari-hari. Tapi masalahnya, pipi saya tak boleh p joging atau buat seat up. -_-"

So moh kita sama-sama share tips kuruskan pipi yang over macam saya.

Dan... Saya tak sangka yang saya akan tanya benda ni kat Uncle Google..

Pipi Tembam.. memang menjadi satu simbolik kecomelan. Tapi ada juga sesetengah daripada kita tak suka pipi tembam.. Alahai.. bila pipi tembam nih, nampak muka bulat la..gemuk la.. aisshh.. macam-macam karenah manusia nih kan..
Selain faktor pemakanan berlemak, faktor-faktor lain yang menjadi punca muka tembam atau muka gemuk ini ialah tabiat suka tidur selepas makan. Satu lagi punca muka gemuk atau pipi jadi tembam ini adalah tabiat suka gelak atau suka ketawa terlalu banyak. Kalau dah kerap sangat ketawa, muka akan jadi gemuk dan pipi akan jadi tembam. 
Tips 1 : Latihan A E I O U Berdasarkan Mimik Muka
Sila bentukkan mulut dan mimik muka semasa menyebut setiap huruf iaitu huruf A, E, I, O, dan U. Sebutkan setiap huruf secaa perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Ada sesetengah orang kata, buat dalam masa 2-3 minit. Eloklah mengadap cermin semasa buat senaman mimik muka ni, tapi jangan gelak sebab kuat ketawa boleh menyebabkan pipi jadi tembam dan muka jadi gemuk. Kalau nak ketawa, ketawalah di dalam hati.


Tips 2 : Urut Halus Di Pipi

Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul. Buat urutan  satu arah dari bawah ke atas. Untuk efek yang berganda oleskan sekali krim di wajah. Perlu di ingat, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah adalah kawasan kulit yang paling nipis.



Tips 3 : Menggunakan Ais Batu

Pada individu yang miliki masalah kulit sensitive, apa kata gunakan sahaja ais batu dan tepuk-tepukkan ia di daerah dagu dan pipi selama beberapa minit setiap hari. Ia akan melegakan oto-otot wajah kamu dan secara tidak langsung merehatkan otot kamu yang sedang membengkak.


Tips 3 : Senaman Pipi

Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan rintangan dalam senaman ini.


Tips 4 : Bibir

Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini sebanyak 20 kali. Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.


Tips 5 : Sedutan

Cuba sedut dan tarik pipi anda rapat dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat lalu lepas. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5 set.


Tips 6 : Senaman O

Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.


Sebenarnya, mengecilkan badan jauh lebih senang berbanding mengecilkan pipi. Tetapi segalanya tidak akan menjadi mustahil jika kamu benar-benar berusaha untuk mengecilkannya betul tak? So ,Good luck girls! Good luck untuk diri sendiri jugak! -_-"

Nampak! Itulah pipi aku! Ouhh mannn.. -_-"






Monday 5 October 2015

Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi dan Ikhlaskan Perpisahan Itu






Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.
Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.
Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.
Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

Ya, menyayangi tidak semestinya memiliki.

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.
Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi ?
Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?
Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.
Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.
Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”
Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?
Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab.
Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”
Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:
Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.
Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.
Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.
Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.
Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.
Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
“Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

Jika terus hidup bersama kenangan, memang mustahil untuk kita lupakan dia.

Move on. Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.

Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.
Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.
Hanya kita yang alpa dan terleka.
“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.
Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.
“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”
“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

Ingatlah untuk setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya. Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.
“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”
Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.
Hanya perlu yakin.

 Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia. Demi kehidupan masing-masing. Perasaan tak boleh dipaksa

Kita mungkin dipertemukan dengan orang yang salah pada awalnya. Itu untuk mengajar kita jadi lebih dewasa.

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan. Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.
“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.
Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”
Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

Penutup: Allah telah menetapkan kebahagiaan untuk setiap hambaNya

“Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.
Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.
Kerana memang bukan untuk kita.”
Serahkan hati ini pada Allah. In shaa Allah segalanya akan baik-baik sahaja.
Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.
Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.

p/s : Petikan dari blog akuislam.com

Friday 2 October 2015

Terima Kasih Sir.






Perasaan rendah diri
Perasaan rasa diri sendiri kecil

Haiyaaa.. Perkara paling susah aku nak buang
Humble lah konon! Puihhhh!
Terlalu memikirkan apa orang kata pasal kita, kita takkan ke mana-mana.

Dulu dalam otak ni selalu fikir..

'Ye la.. aku tak cantik'

'Ye la.. aku sedar aku tak cantik macam diorg'

'Eh..mustahil orang boleh suka aku dengan sekali pandang je'

Dan disebabkan benda tu semua, menjadikan diri sendiri kecil sangat.
Rasa tak layak lah senang cakap.
Tapi tulah, fikiran macam ni kena basuh sekali, kena lempang pipi sekali baru sedar.
Dan! Ada yang sudi membasuh dan bagi pelempang laju-laju kat aku.

Bertuahnya aku sebab ada kawan yang macam ni. Jenis bagi nasihat tapi dia ni lebih kenal aku ni orang macam mana, nasihat je tak boleh tapi kena sound tepek gak kadang-kadang. Baru boleh save data dalam otak.

Dia ada kata,

"Penting sangat ke kata-kata orang tu? "

"Orang-orang yang kata kau tu, rapat ke dengan kau? Betul-betul kenal kau?"

Yang penting sekarang ni, orang-orang sekeliling kau yang rapat yang lebih kenal kau ni macam mana. Kau pernah terfikir tak kenapa kawan-kawan yang rapat dengan kau, yang selalu ada dengan kau dalam susah dengan senang still stay dengan kau sampai sekarang. Kau ada tanya?

Sebab kau ada kelebihan lain yang susah nak jumpa pada orang lain. Kau pegang benda tu betul-betul. 'Cantik' ini subjektif! Karangan yang panjang. 560 patah perkataan. Bukan ringkasan tapi karangan! Faham?!

Memang kawan aku sorang ni basuh aku bersih-bersih semalam. Tapi dia basuh pakai clorox tak guna downy. Kasar sikit ar. Sebab dah 15 tahun dia kenal aku dan dia kenal aku ni macam mana. Tak boleh bagi nasihat lembut-lembut, sebab comfirm takkan dengar punya. Masuk telinga kanan keluar pun telinga kanan. :P Maklumat tak masuk siap buat U turn kot!

Kuajo gak dia ni kadang-kadang. Tapi takpe, aku sayang dia. Sebab dia jujur dengan aku dari mula-mula kenal sampailah sekarang. Dari bestfriend jadi boyfriend jadi ex boyfriend. Sekarang dia dah selamat pun jadi suami orang.

Tapi dia tetap dia. Sokong dan tolak aku dari belakang supaya aku takkan pernah ke belakang.

Moral value nya dekat sini, jangan terlalu rasa rendah diri. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Siapa kita untuk mempersoalkan kejadian Allah swt? Allah bagi mesti ada sebab. Apa yang Allah cipta semua cantik-cantik belaka. Apa yang penting, yakin pada diri sendiri. Abaikan kata-kata mereka yang tak penting tu. Kita lebih kenal diri kita. Keluarga kita lebih kenal diri kita. Kawan-kawan baik kita lebih kenal diri kita. Jadi abaikan mereka yang tak kenal diri kita.

Owkay Yui! Bangkit!

Thanx sir!

Pagi-pagi dah dapat whatsapp ni..




Allah Lebih Tahu Apa Yang Terbaik. Bertenang, Teruskan Berdoa dan Tunggu Kebahagiaan Itu Datang.






 Jika akhirnya kamu tidak bersama dengan orang yang sering kau sebut dalam doamu, mungkin kamu akan dibersamakan dengan orang yang diam-diam mendoakanmu. “
Di setiap pengakhiran solat, tidak pernah sekalipun kita terlupa untuk mendoakan kebahagiaan antara  kita dan dia.
Tanpa henti meminta semoga Allah mengekalkan hubungan yang dibina atas dasar cinta.
Kita yakin dia yang terbaik.
Yakin dia jodoh yang memang Allah tetapkan untuk dijadikan peneman untuk setiap langkah menghadapi hari-hari yang mendatang.
Kita mahukan segala impian dan harapan jadi kenyataan. Jadi realiti.
Tapi..
…tanpa diduga segalanya hanya sementara.
Semua kegembiraan dan kebahagiaan itu akhirnya terhenti di pertengahan jalan. Segalanya musnah. Hancur berkecai.
Dunia seolah-olah gelap. Kita rebah runtuh sama seperti cinta yang berkecai itu.
Dan di saat itu, kita mula ragu.
Marah. Sakit hati. Curiga.
Segalanya jadi bercelaru. Kucar-kacir.

Syaitan memulakan peranannya..

Saat hati rawan, makin mudah kita diperdaya.
Saat hati rapuh, segalanya akan nampak salah di mata. Amarah mengusai hati, jiwa dan fikiran.
Kita mula mempersoalkan segalanya. Setiap apa yang kita pernah doakan dahulu.
Di hati terdetik:
 “ Allah janjikan kebahagiaan untuk hambanya yang berdoa. Selama ni aku tak pernah berhenti berdoa supaya dijodohkan dengan dia. Tapi kenapa Allah tetap ambil dia dari aku? 
Kita terlupa. Kita hanya manusia. Hamba yang lemah.
Kita hanya merancang tapi tak semua perancangan yang kita rangka itu adalah sebaik-baik perkara untuk diri kita.

Manusia merancang dengan cita-cita. Tapi Allah merancang dengan cinta.

Banyak perkara yang kita terlepas pandang dalam tempoh kita merancang itu. Kadang-kadang cinta buat kita jadi buta hati.
Yang buruk kekal nampak indah. Kekal cantik. Semuanya hanya kerana cinta yang menguasai diri.
Untuk cinta kadangkala kita rela menidakkan yang Ya dan mengiyakan yang Tidak. Buta lagi membutakan jika paksinya bukan Tuhan. – Tribulasi 365 Hari, Dr. Anwar Fazal.
Tarik nafas.
Bertenang.
Cuba ambil masa untuk bersendiri.
Bukan bersendiri untuk menangis meratap. Bukan untuk berduka.
Tapi cuba untuk muhasabah diri kita sendiri. Cuba untuk imbas kembali apa yang kita telah lakukan sepanjang tempoh percintaan kita dahulu.
Ya, memang betul. Tak pernah sekalipun kita terlupa untuk doakan kebahagiaan antara kita dan dia berkekalan.
Tapi tanya diri kita kembali, ikhlaskah hati kita saat kita meminta itu ? Adakah hanya kerana cinta pada manusia semata-mata ?
 Jodoh itu unik. Seringkali yang dikejar-kejar menjauh. Yang tak sengaja mendekat. Yang seakan sudah pasti menjadi ragu. Yang awalnya diragukan menjadi pasti. Yang selalu diimpikan, tak berujung pernikahan. Yang tak pernah difikirkan, bersanding dipelaminan. – Unknown. 
Allah itu Maha Adil.
Dia mendengar setiap permintaan kita. Setiap pengharapan. Setiap bait-bait doa.
Walaupun kita seorang pendosa, Allah masih tetap memakbulkan doa-doa kita. Tanpa sebarang perasaan benci.
Tapi jika begitu, kenapa Allah masih tidak memakbulkan apa yang kita mohon itu?
Kenapa Allah biarkan hati kita berduka atas kebahagiaan yang hanya tinggal angan-angan?
Kenapa Allah biarkan kita bersedih andai benar Dia sayangkan kita?
Kita terlupa siapa diri kita. Siapa kita yang sebenarnya. Apa hak kita untuk mempertikaikan setiap aturan Sang Pencipta?
Allah tak kejam. Tak pernah sekalipun Dia kejam pada hambaNya.
Kita hanya tahu menunding jari. Hanya tahu menyalahkan setiap takdir yang ditetapkan bila mana keinginan dan kemahuan kita tidak dipenuhi.
Tanpa kita sedar Allah pegang semua permintaan kita itu kemas-kemas.
Allah tak tunaikan semuanya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita.
Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.
Sabar.
Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.
Dia hanya mahu kita kembali ke jalanNya. Ke jalan yang sepatutnya.
Dia berikan perpisahan agar kita sedar itu bukan yang terbaik buat kita. Bukan bermakna Allah tak sayangkan kita.
“ Kadang, tanda cinta Allah terhadap seseorang itu Allah akan biarkan hati dia hancur berkali-kali sampai dia rasa tak ada lagi harapan di dunia ini. Dan itu akan membuat dia punya harapan hanyauntuk allah saja. – Syeikh Abdul Kadir Jailani.”

Allah tahu apa yang terbaik. Dia aturkan semuanya jadi cukup indah.

Kita hanya perlu yakin dan menanti saat dan ketika itu tiba. Dekatkan diri padaNya. Menangislah memohon ampun di atas dosa-dosa lalu.
Semoga Dia permudahkan jalan kebahagiaan kita.
Bila tiba masanya, kebahagiaan yang sebenar akan kunjung tiba.
Kebahagiaan yang kita sendiri tak pernah terfikir dan terlintas. Apatah lagi kebahagiaan yang hadir bersama redha Allah.
Trust in Allah timing. Rely on His promises. Wait for His answers. Enjoy His blessings. Relax in His remembrance.

Janganlah kita salahkan takdir andai perpisahan berlaku..

Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah dah peliharakan diri kita dari kedukaan yang lebih dalam.
Atas sebab itu Dia sedarkan kita dari mimpi dan impian palsu itu lebih awal.
Cinta, jika bukan bermisikan syurga, nikmat bahagia tidak akan kekal lama.
Yang namanya cinta akan tiba hanya bila kita terlebih dahulu mendahulukan Tuhan dan ayahbonda dalam semua perkara.
Percayalah ‘dia’ nanti akan muncul di depan mata tanpa disangka-sangka.
Saat itu barukita tahu betapa benarnya untuk meletakkan cinta pada tempatnya sebelum hadirnya ‘dia’ – Diagnosis2
Andai Allah tak sayangkan kita, mungkin Dia akan biarkan kita terus hanyut dengan cinta palsu yang kita bina sendiri itu.
Dan akhirnya kita rebah tersungkur bersama luka yang dalam hingga tak mampu lagi untuk bangkit kembali.
Maka, yakinlah dengan ketentuan Allah.
La tahzan innallaha ma’ana.”
“Don’t be sad. Allah is with us.
 p/s : Petikan dari blog akuislam.com