About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday 17 December 2013

Anugerah Indusri Muzik 2013 (AIM20)



Assalamualaikum u'ollllssss..

Apa kaba semua? :)

Actually aku nak cerita sikit la pengalaman join AIM20. Heeee.... Saja nak cerita, siapa yang tak berminat nak tahu, anda lebih tahu untuk buat apa kan....... :P

Aku ada sorang kawan tau, dia ni memang kategori kawan baik merangkap akak jugak la. Sangat satu kepala ngan aku. Tapi bukan nak cerita pasal dia pon. Nak cerita pasal AIM20 baru-baru ni. Kawan aku yang sorang ni memang sangatlah rajin masuk contest macam-macam. So dia pon memang takkan terlepas la masuk contest ERA. Aku pon tak sure soklan apa yang dia jawab and dia menang. Hadiah yang dia dapat adalah Tiket Eksklusif AIM20.



Perasaan excited tu jangan cakap la kan. Memang excited gila habaq hang..!! Haaaa.. hakhak.. Tiket Eksklusif ni dapat duduk kat Lower Tier, bawah sikit la dari Public Seat. Yang membuatkan aku lebih excited,
 Faizul AF2013 buat opening performance kat AIM20.
Bertambah excited gila habaq hang..!! Haaaa.. hakhakhak..



Sampai-sampai je kat Bukit Jalil, terus masuk dalam stadium. Sampai Tam Spider kat tepi pon boleh buat tak tahu je, semua sebab Faizul punya pasal. Heeeee.. Sory Tam. Peace..!! Hakhakhak..

Tengah dok tunggu, tetiba denga lagu Sepasang Sayap. Mata memang melilau la mencari kan. Heeee.. Sekali...... Rupa-rupanya Faizul perform kat Red Carpet..!! Hwaaaaaa...Seyes rase nak nangis.
Matlamat sebenar nak tengok Faizul live. Tapi takde rezeki. :( Sedih gila habaq hang..!! Dapat tengok dalam skrin besar je. Handsome nye jangan cakap la kan.. Mesti la handsome comel plak tu.. Heeeeee.. (Aku memang angau da ngan si Faizul ni)..

Tapi nak buat camne, tak dapat tengok live. Huuuuu.. Opening performance atas stage dimulakan dengan persembahan Ning Baizura dan Spider.

Tapi kan..tapi kan..

Sangat tak disangka-sangka,  
Adi Putra pon ada time AIM20 tu.

Dia dan Nabila Huda (Abil) jadi penyampai hadiah. Menjerit aku owkay..!! Tukuzut habaq hang..!! Haaaaa..hakhakhak.. Tak bajet dapat tengok Adi Putra secara live. Yang paling besh sekali,

ADI PUTRA SENYUM DAN LAMBAI TANGAN KAT AKU TAW..!!

 ehh.. kat kitorg la (kengkwn aku sekali.. kang tak mention kat sini, mahu kena kecam nanti).. Huhu.. Handsome nye dia........ Cair..............

Aku dapat rasakan malam tu macam mimpi je. Hilang segala stress kerja. Isnin - Jumaat kerja, weekend release tension. By the way, wanna say thanx to my sis.

Norazrin. Siapa yang nak add dia kat fb haaaa..ni Facebook nye.. 

https://www.facebook.com/cahaya.azrin?fref=ts

Haaaaaa ceitt, aku kasik market ko ni.. Bangga tak..?? Hakhakhak

Senarai Pemenang AIM20

Artis Baru Terbaik :  
Alex Subryn


Lagu Hip Hop Terbaik :  

Aku Pelat – Salammusik menampilkan Zion Dread (DJ Fuzz / Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam)


Lagu Inggeris Tempatan Terbaik :  

In The House – Goldfish & Blink menampilkan Altimet & ZE! (Goldfish & Blink / Altimet & Ze!)


Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)

Saujana – Salam Atasmu


Video Muzik Terbaik
 

#1 – Pretty Ugly & Altimet (Perez Oldskool )


Lagu Pop Etnik Terbaik
Pahlawan Zafana – Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ahmad Fedtri Yahya)

Lagu Nasyid Terbaik

Mawar Berdarah – Rabbani (B. Nury / B. Nury)


Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu

Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)


Lagu Pop Terbaik
Lagu Terbaik

Lelaki – Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai)


Lagu Rock Terbaik

Dibawah Gerbang Skaea – Amy Search (Edrie Hashim / Buddhi Hekayat)
   

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar Negara

Hilang Naluri – Once (Dewi Q & Ariyanto / Dewi Q)


Anugerah Kembara

Shila Hamzah
   

Kulit Album Terbaik

Penglipur Lara – Hazama (Zach Mohd Azriq)


Rakaman Album Terbaik
Album Terbaik
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki

Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip (CL Toh) /
Bahagiamu Deritaku – Hafiz Suip

   

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita

Seandainya Masih Ada Cinta – Dayang Nurfaizah

          



0 comments:

Post a Comment