About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday 31 December 2013

Sweet Twenty-Four



Assalamualaikum korang..
Apa kaba..? Harap korang sentiasa sihat dan sentiasa di bawah lindunganNya. in shaa Allah.

So esok new year..!! Tapi sebelum nak cerita pasal entry new year, nak selitkanlah sikit. Birthday aku baru je berlangsung semalam. Berlangsung tau. Hakhak. So terima kasih sangat-sangat pada mereka-mereka yang tak pernah lupa. Even kadang-kadang ada jugak yang komfius ingat birthday aku 31 Disember. Mentang-mentanglah akhir tahun kan. Tapi takpe, janji mereka-mereka ingat. Tu pun da cukup untuk aku..

Birthday kali ni feel dia macam-macam. Happy ada, sedih pon ada jugak. 
Nak cerita yang sedih dulu la. Aku rasa korang da boleh agak kot apa yang sedih. Orang yang aku tunggu untuk wish birthday tak wish...... :( Actually da agak da, tapi saje la tunggu jugak..Acehh.. 
By the way takpe, doa aku untuknya tak pernah stop.. :)

So yang happy nya adalah, pastilah sebab mereka-mereka yang sayang aku. 
Celebrate + Suprise for my birthday. 

Emak
Ayah
Adik
Cuzzy
Sister
Pakcik

Mereka-mereka inilah yang tak pernah lupa untuk menggembirakan aku. 
Bersyukur sangat coz Allah bagi pinjam mereka pada aku. :)

Untuk birthday tahun ini, even takde party-party tapi adalah celebrate kecil-kecilan.. Hakhak.. And ada yang sweet jugak, sis Ayien datang tengah malam bawak belon dan kek..!! Sweet kan.. Thanx sis.. :)











Owkay lah, last sekali nak wish Selamat Menyambut Tahun Baru..
Apa azam baru korang..? Tapi...azam 2013 da tercapai ke belum? 
Ke postpone ke 2014 pulak. Lebih kurang cam aku la.. Heeeee

-Azam 2014-

Tamat je praktikal, nak cari kerja best-best, yang sesuai dengan lulusan aku dalam 
Database Management.

Dan seperti tahun-tahun yang lepas, nak memperbaiki diri yang lemah ini menjadi Muslimah yang lebih baik dan lebih kuat dalam menempuh apa jua dugaan yang diberi. In shaa Allah.

HAPPY NEW YEAR..



Thursday 26 December 2013

Tragedi 26 Disember



Assalamualaikum korang,
Sihat ke semuanya? Harap korang sihat walafiat dan sentiasa dilindungiNya. aminn..

Korang ingat lagi tak tragedi yang pernah berlaku pada tanggal 26 Disember. Aku ingat lagi sebab time tu tengah tunggu result PMR keluar. So memang hari-hari layang berita jam 8 tv3. Haaaa detail habaq hang.. :)

Dipenghujung tahun 2004, tepatnya pada hari Minggu, 26 Desember 2004, Indonesia dan delapan negara lainnya di kawasan Samudera India dilanda bencana tsunami sangat hebat. Tsunami tersebut telah meragut lebih dari satu per empat juta jiwa pada beberapa negara Asia dan Afrika yang meliputi : Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar, Bangladesh, Srilangka, India, Maladewa, Somalia dan Kenya.

Tsunami ditimbulkan oleh gempabumi berkekuatan 9,3 SR yang berpusat di 3,3 LU - 95,98 BT Gempa tersebut telah menimbulkan getaran kuat dan patahan sepanjang ± 1200 km yang membentang dari Aceh sampai ke Andaman. Tragedi tsunami akhir tahun 2004 tersebut telah meninggalkan kesedihan dan penderitaan luar biasa bagi masyarakat Provinsi Aceh dan Sumatera Utara khususnya dan bangsa Indonesia pada umumnya. Merujuk data dari BNPB, 173.741 jiwa meninggal dan 116.368 orang dinyatakan hilang, sedangkan di Sumatera Utara 240 orang tewas, Tsunami aceh mengakibatkan ribuan rumah dan bangunan rosak.

Gambar dari satelit Sebelum dan Selepas Tsunami. Subhanallah.

Siapalah kita untuk menolak kehendakNya. Sempena genap 9 tahun tragedi menyedihkan ini, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada mangsa-mangsa yang telah terkorban dan sama-samalah kita berdoa agar sentiasa dilindungiNya. aminn..

SesungguhNya apa yang telah Dia beri pasti Dia ingin menunjukkan kita sesuatu. Sebagai hambaNya kita hanya mampu berdoa agar kita sentiasa dilindungi dan dirahmatiNya.. aminnn...

Tuesday 17 December 2013

Anugerah Indusri Muzik 2013 (AIM20)



Assalamualaikum u'ollllssss..

Apa kaba semua? :)

Actually aku nak cerita sikit la pengalaman join AIM20. Heeee.... Saja nak cerita, siapa yang tak berminat nak tahu, anda lebih tahu untuk buat apa kan....... :P

Aku ada sorang kawan tau, dia ni memang kategori kawan baik merangkap akak jugak la. Sangat satu kepala ngan aku. Tapi bukan nak cerita pasal dia pon. Nak cerita pasal AIM20 baru-baru ni. Kawan aku yang sorang ni memang sangatlah rajin masuk contest macam-macam. So dia pon memang takkan terlepas la masuk contest ERA. Aku pon tak sure soklan apa yang dia jawab and dia menang. Hadiah yang dia dapat adalah Tiket Eksklusif AIM20.



Perasaan excited tu jangan cakap la kan. Memang excited gila habaq hang..!! Haaaa.. hakhak.. Tiket Eksklusif ni dapat duduk kat Lower Tier, bawah sikit la dari Public Seat. Yang membuatkan aku lebih excited,
 Faizul AF2013 buat opening performance kat AIM20.
Bertambah excited gila habaq hang..!! Haaaa.. hakhakhak..



Sampai-sampai je kat Bukit Jalil, terus masuk dalam stadium. Sampai Tam Spider kat tepi pon boleh buat tak tahu je, semua sebab Faizul punya pasal. Heeeee.. Sory Tam. Peace..!! Hakhakhak..

Tengah dok tunggu, tetiba denga lagu Sepasang Sayap. Mata memang melilau la mencari kan. Heeee.. Sekali...... Rupa-rupanya Faizul perform kat Red Carpet..!! Hwaaaaaa...Seyes rase nak nangis.
Matlamat sebenar nak tengok Faizul live. Tapi takde rezeki. :( Sedih gila habaq hang..!! Dapat tengok dalam skrin besar je. Handsome nye jangan cakap la kan.. Mesti la handsome comel plak tu.. Heeeeee.. (Aku memang angau da ngan si Faizul ni)..

Tapi nak buat camne, tak dapat tengok live. Huuuuu.. Opening performance atas stage dimulakan dengan persembahan Ning Baizura dan Spider.

Tapi kan..tapi kan..

Sangat tak disangka-sangka,  
Adi Putra pon ada time AIM20 tu.

Dia dan Nabila Huda (Abil) jadi penyampai hadiah. Menjerit aku owkay..!! Tukuzut habaq hang..!! Haaaaa..hakhakhak.. Tak bajet dapat tengok Adi Putra secara live. Yang paling besh sekali,

ADI PUTRA SENYUM DAN LAMBAI TANGAN KAT AKU TAW..!!

 ehh.. kat kitorg la (kengkwn aku sekali.. kang tak mention kat sini, mahu kena kecam nanti).. Huhu.. Handsome nye dia........ Cair..............

Aku dapat rasakan malam tu macam mimpi je. Hilang segala stress kerja. Isnin - Jumaat kerja, weekend release tension. By the way, wanna say thanx to my sis.

Norazrin. Siapa yang nak add dia kat fb haaaa..ni Facebook nye.. 

https://www.facebook.com/cahaya.azrin?fref=ts

Haaaaaa ceitt, aku kasik market ko ni.. Bangga tak..?? Hakhakhak

Senarai Pemenang AIM20

Artis Baru Terbaik :  
Alex Subryn


Lagu Hip Hop Terbaik :  

Aku Pelat – Salammusik menampilkan Zion Dread (DJ Fuzz / Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam)


Lagu Inggeris Tempatan Terbaik :  

In The House – Goldfish & Blink menampilkan Altimet & ZE! (Goldfish & Blink / Altimet & Ze!)


Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)

Saujana – Salam Atasmu


Video Muzik Terbaik
 

#1 – Pretty Ugly & Altimet (Perez Oldskool )


Lagu Pop Etnik Terbaik
Pahlawan Zafana – Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ahmad Fedtri Yahya)

Lagu Nasyid Terbaik

Mawar Berdarah – Rabbani (B. Nury / B. Nury)


Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu

Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)


Lagu Pop Terbaik
Lagu Terbaik

Lelaki – Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai)


Lagu Rock Terbaik

Dibawah Gerbang Skaea – Amy Search (Edrie Hashim / Buddhi Hekayat)
   

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar Negara

Hilang Naluri – Once (Dewi Q & Ariyanto / Dewi Q)


Anugerah Kembara

Shila Hamzah
   

Kulit Album Terbaik

Penglipur Lara – Hazama (Zach Mohd Azriq)


Rakaman Album Terbaik
Album Terbaik
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki

Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip (CL Toh) /
Bahagiamu Deritaku – Hafiz Suip

   

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita

Seandainya Masih Ada Cinta – Dayang Nurfaizah

          



Wednesday 11 December 2013

11 12 13



Assalamualaikum u'olllssss..
Sihat ke semua? Mention semua tu macam ramai je kan. Huhu.

Hari ini 11 Disember 2013 --> 11 12 13 Nice date right..

Hari ini mesti ramai yang kahwin cam Che Ta dan Zain. By the way congratz for them. :)
  

Tapi post aku kali ni bukan sebab wedding of the year tu, post aku kali ini ada kena-mengena dengan Highland Tower. Sedar tak sedar hari ini 11 Disember 2013 genaplah 20 tahun kisah runtuhan yang menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu yang telah mengorbankan lebih kurang 48 nyawa. Highland Tower runtuh 11 Disember 1993, time tu umur aku 4 tahun. (Alamak..!! Mesti korang da boleh agak umur aku berape kan. Tak kesah umur tu kan hanya nombor..Lari topik jap)..huhu

Sekejap je kan rase da 20 tahun rupanya. So dalam kita dok hapy-hapy ni, sama-samalah kita ingat pada mereka yang telah menjadi mangsa. Kepada yang islam, moh la kita sama-sama sedekahkan al-fatihah. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Aminn..

Satu bangunan yang telah runtuh. Dari tempat kerja mak aku nampak tau :)

Lagi satu..
Happy Birthday Sultan Selangor..!! 
Moga panjang umur, Murah rezeki..
May Allah s.w.t blessing you.. 
Daulat Tuanku..!! :)

Tuesday 3 December 2013

Untung Kita Sebagai Pemegang MyKad



Assalamualaikum u'olllsss..

Hari ini aku nak bagi tahu, semalam ada seorang kawan aku ni, dia ada bagi tahu pasal pemegang MyKad yang aktif. Maksudnya kat sini if korang punya MyKad tu aktif, ada sesetangah kedai kat Malaysia ni akan bagi korang diskaun. Haaaaaa menarik kan. Aku ni memang pantang sikit denga diskaun ataupun sales ni.. Heeeeeee..

Ni website yang senaraikan kedai-kedai yang kita boleh dapat diskaun dengan MyKad :

http://mykad.aj.my/participating-merchants/

Korang kena pastikan kedai yang korang pergi tu, ada logo ni tau.



Coz kedai yang mempunyai logo ni je yang akan bagi diskaun. Bila korang nak bayar tu, korang just bagi je ic or bagi tahu je kat cashier tu no ic korang.. :)

So sesiapa yang nak aktifkan korang punya MyKad, kwn aku boleh tolong aktifkan. Sebab dia memang kerja bahagian ni.

Korang boleh emelkan details korang kat emel aku..

Details yang diperlukan :

Nama :
No Kad Pengenalan :
Alamat :
Email :
No Telefon :

Email kan ke :

nurulabdrahim89@gmail.com

Ada yang lagi best..!!

Korang bole install application untuk search tempat yang ada diskaun yang dekat ngan lokasi korang. Caranya ialah : 

- Korang install application sama ada guna AppStore / PlayStore.
- Cari MyKad Smart Shopper.








Dengan cara tu, senang la korang nak berbelanja sambil berdiskaun.. Heeeee 


So kita boleh nikmati diskaun bersama-sama.

Monday 2 December 2013

Jalan-Jalan Cari Makan : Mi Ketam KL


Assalamualaikum u'ollsss..
Happy Monday..!! Semangat minggu baru..
Minggu ke-13 untuk aku tempuh alam praktikal..Huhu

Owkay, hari ini aku nak story. Jumaat last week kawan aku bawak aku pi makan mi ketam kat keramat. Dari apa yang dia cerita, memang terlioq la wa cakap sama lu.. Tu yang tak sabau nak pi pekena mi ketam kl ni.

Ada macam-macam menu kat sini. Semuanya berasaskan Ketam dan Lala. Boleh tahan la. Owner nya semua lelaki melayu dan muda-muda belaka. Eloklah kita support bisnes diorg ni kan.

Time kitorg pi ni, aku order Nasi Putih + Kari Ketam, Nasi Putih + Ketam Blackpepper, Nasi Putih + Ketam Masak Cili dan Mi Kari Ketam. Series memang terbaik seyh. Siapa yang mengidam kari ketam cam kat Penang tu, takyah pi jejauh. Kat KL dan Shah Alam pon ada.. :)





  



Lokasi : Sek 7, Shah Alam & Jalan Dato' Keramat KL
Hari Buka : Selasa - Ahad (Isnin cuti)
Time  : 12:30tgh - 10:00mlm | Jumaat 5pm-10pm | Isnin CUTI | 
Contact: 019-2346388 | 019-2496054


Korang boleh lah if nak like page diorg :

Facebook : https://www.facebook.com/meeketam?ref=ts&fref=ts
Twitter : https://twitter.com/MeeKetamKL



So korang-korang.. Rugi if tak pi try taw.. :)