About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Friday 4 September 2015

Belajar Menerima Dan Memberi Cinta Kerana Allah Taala



Cinta itu sebuah perasaan yang sangat indah. Indahnya rasa cinta ni buat kita jadi macam orang gila, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Kita rindukan dia setiap hari, tidak boleh tak mendengar suaranya walau sekejap, kita tatap gambarnya di laman sosial, mahu berjumpa selalu, malah apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, akan kita suka. Yang kita selalu lupa, perasaan itu dari Allah. 

 Cinta kerana Allah tidak menyakitkan begini.Cinta memang dari Allah, tetapi jika cinta itu tidak dijaga dan dipelihara demi Allah yang Maha Suci dan Maha Kasih, akan hilang manisnya. Cinta kerana Allah akan meletakkan Allah di tempat pertama. Akan meletakkan Allah sebagai pembimbing, sebagai jalan. 

Di mana cinta Allah ketika kita sasaukan kekasih kita? 

Di mana cinta Allah ketika kita mabukkan dia? 

Di mana cinta Allah ketika kita bertelefon 24 jam dengannya? 

Bila kita kata kita sayang dan rindukan seseorang kerana Allah, apakah cara kita menunjukkan sayang dan rindu itu juga kerana Allah? Dalam cinta, bukan lafaznya yang utama, tetapi perbuatan membuktikan juga perlu sama dengan apa yang dikata. Sama dalam hal cinta kerana Allah ini. Mengatakan cinta itu kerana Allah tidak memadai jika jalan yang kita ambil bukan jalan Allah. 

Inilah ujian !!

Habis apa yang perlu aku buat ?

Muhasabah diri , Tetapi boleh jadi bukan dia yang terbaik untuk kau. Dia baik, tetapi Allah mahu beri yang lebih baik daripada dia. Siapa tahu? Allah lebih tahu.Yang baik adalah yang mencintai kerana Allah. Dan cintanya itu membawa kita semakin kenal dengan Allah, semakin dekat dengan Allah. Cintanya dibawa melalui jalan yang Allah redha. Rindunya diraikan dengan apa yang Allah suka, menghindar apa yang Allah larang. Lelaki yang baik adalah yang mahu memimpin kita ke syurga. 

Mohonlah dari Allah. Kalau benar dia yang terbaik untuk kau, maka mintalah dipermudahkan. Kalau bukan, redhalah. Sentiasalah bersedia menghadapi apa saja ketentuan Allah. Jangan terlalu cinta, jangan juga terlalu benci, usahakanlah jalan tengah supaya kita tak kecewa. 


Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu sukakan sesuatu padahal a buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (Surah al-Baqarah)


0 comments:

Post a Comment