About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Wednesday 26 August 2015

Ubat Rindu



Allah..
Aku rindu dia..sangat-sangat..
Rindu aku ini juga atas keizinanMu
Bantulah aku Allah..

Wahai hati
Kalau kau rasa apa yang aku rasa saat ini
Doakan juga kebaikan untuk aku ya....

Doa aku untuk kau wahai hati..
Tak pernah berhenti..

Rindu yang tak tertanggung ini
Aku simpan dalam doa
Dengan harapan, kau wahai hati juga merasakannya..

Sakit..
Sakit sangat sebab tak mampu nak suarakan sendiri padamu wahai hati
Tapi apakan daya, Allah Maha Tahu semuanya..

Wahai hati
Saya berserah semuanya pada Allah swt..
PerancanganNya lebih baik..


Saat rindu menyesak di dada
Terbungkus derita menyayat hati
Aku seperti kehabisan nafas
Habis oksigen karna merindukanmu
Aku takut terbiasa dengan rasa ini
Membuat hati jadi kebal rasa
Aku takut terbiasa dengan rindu ini
Membuat hati jadi mati rasa
Segenap hati aku menjaga
Agar pelita cinta tetap menyala
Tak kubiarkan redup walau sesaat
Semua kulakukan hanya untukmu
Adakah cinta tanpa mata??
Walau sesaat ingin bertemu
Bebaskan hati dari belenggu
Belenggu rindu karna dirimu

Assalamualaikum, (baru nak bagi salam lepas meroyan.. Huhu)
Entry kali ini panjang sikit, alaa bukan selalukan. Tak tau lah kenapa hari ni Allah bagi Yui rasa rindu yang teramat sangat pulak kat manusia itu.

Korang pun mesti pernah rasa apa yang Yui rasakan? Tipulah kalau kata tak pernah.
So Yui nak share sikit, macam mana nak ubat rasa rindu. Rindu yang Allah bagi ini, kita kena pandai handle. Sebab takut jatuh jadi zina hati pulak nanti. Yui pun dalam proses belajar lagi, harap korang dapatlah bimbing Yui sekali. Tegur if Yui ada buat silap. Kita sama-sama belajar dan istiqamah yepp.. :)

Ubat Rindu

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

* Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

* Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan. 

* Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

    * Bernikah dan membina rumah tangga langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

#diambil dari bicarakalbu.blogspot

1 comments:

yana said...

sy sedang merindui suami yg pergi kursus 2 bulan. blogwalking nak cari ubat rindu.. terbaca tajuk post ni..baguslah cadngan ingat Allah, doa tu sume.. tapi.. bile baca part last tu bernikahlah ubat rindu paling baik.. YA Allah T.T
sy dah nikah still x terubat rindu ni huhuu...

Post a Comment