About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Friday 28 August 2015

Solat Sunat Rindu



Assalamualaikum.. Selamat hari Jumaat semua....
Mood happy Jumaat ni, sebab besok Yui balik kampung.. Yeehuuuuuu..

Tengah JK ni, memang Yui nak keluar dari KL jap, carik ketenangan. Ye, Yui tau bila mengingati Allah, pasti hati akan tenang. Alhamdulilah, benda tu Yui tak pernah lupa. Dia uji Yui pun sebab Dia nak Yui ingat Dia selalu. Sayangnya Allah pada Yui. Korang jangan jeles pulak yepp.. Peace (Muke sengeh)....

Ingat tak hari tu Yui ada post entry pasal Ubat Rindu. 
Kalau siapa yang belum baca atau tak ingat, meh klik link ni Ubat Rindu
Lepas dah baca yang tu, baru sambung baca entry yang ni ehh.. taw taw taw.. baca taw.. Peace (Sengeh lagi)

Apa-apa sahaja penyakit dalam dunia ni, Allah pasti bagi dengan pakej ubat sekali. Setiap apa ujian yang Allah bagi, semua ada hikmahNya.

Allah telah berfirman :
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan : 
Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji" (QS Al-Ankabut, Ayat 2-3)

Jadi jom kita sama-sama belajar untuk bersyukur dan bersangka baik.

Entry kali ini pun panjang lebih sikit lah dari sebelum ni. Yui nak story sikit pasal Solat Sunat Rindu. Apa? Ingat rindu takde solat sunat ke? Mula-mula tu Yui pun tak tahu, tapi sekarang belajar.. belajar dan terus belajar, Yui dah tahu. Jadi adatlah bila dah tahu, haruslah share ye dakk..

Sharing Is Caring, right?

Owkay! Jom!


SOLAT SUNAT RINDU

Adat menyayangi, pasti ada merindu. Tapi, apa yang kita lakukan bila merindu insan yang disayangi? Jika kita rindukan ibu, ayah atau keluarga, pasti kita sudah call diorang kan. Cara yg dah jadi kebiasaan bila rindu. Bila rindu je call. Bila dah call, cakap lama-lama, tapi still merindu. Haaaa guane tu? Sampaikan ada yg sanggup tidur dgn fon, atau maybe berckp dgn org yg dirindui sampai tertidur. Macam mana kalau kita terlalu rindu sampai membuakkan rasa ingin berjumpa dgn org yg kita rindu tu? Macam mana pulak kalai kita rindukan org tersebut pd masa yg tak sesuai? Rindu time terjaga tgh mlm ke? Sbb Yui pernah taw. Heeeee.. Atau kita tinggal jauh dgn org yg kita rindu tu. Macam Yui jugak.. (ok fine!). Apa nk buat time tu?

Jawapan yg nak Yui share kan adalah solat sunat. In shaa Allah, settle isu merindu. Kenapa Yui kata solat sunat mampu mengubat rindu? Satu analogi mudah. Bila kita rindukan seseorang, pastinya timbul rasa ingin bertemu. Nak jumpa depan-depan, aku tengok kau, kau tengok aku. Tapi kalau dok jauh, acane nak jumpa kan. Tak kisah lah jarak fizikal atau jarak syariat. Oleh itu, apa kata kita temukan hati kita dgn hatinya? Di mana hatinya?  
Pastinya ada pada Tuhannya.. Allah swt.....

Analogi lagi.. Cthnya, kita rindukan buah hati yg tinggal sekampung dgn kita. Lalu kita ke rumahnya. Oppss, lupa nak bg tau yg buah hati kita tu anak Pak Imam (anak Pak Imam kan solehah, nakkan isteri solehah lah katakan)... Sampai ke rumah sidia, berjumpa dgn si ayahnya. Lalu berkatalah kita :



Kita : Assalamualaikum Pak Cik Haji, saya datang ni nak berjumpa dengan Cinta Iman Amani       (Hamboihh nama. Eh suka hatilah, tu nama anak sulung Yui nanti.. :P)

Pak Imam : Waalaikumsalamwarahmatullahiwabarakatuh, apa hajatnya Wira Muhammad Aqeef (Nama anak Yui jugak tu.. bhahahaha) nak jumpa anak dara pakcik ni?

Kita : Saya rindukan Cinta Iman Amani, pakcik. Rindu sangat-sangat. Dapat tengok muka pun jadilah.

Pak Imam : Wira Muhammad Aqeef ingat Cinta Iman Amani tu Tugu Negara, nak tengok-tengok? Ada bagusnya Wira Muhammad Aqeef ke pantai, tengok pokok kelapa. Sambil tu istigfar. Nak solat Dhuha kat pantai tu pun boleh.




Itu adalah cth respon seorang ayah, pemilik anak daranya. Betapa si ayah melindungi kehormatan diri anaknya. Tapi kadang-kadang perisai si ayah bocor jugak. Si anak dara terlepas jua. Maka, dari rindu nak tengok, jadilah rindu nak jalan sama-sama, jadilah rindu nak pegang-pegang dan jadilah menjadi-jadi. (Pokk kepala sendiri!)

Oleh itu, sampaikan rindu kita kepada pemilik hatinya. Inilah medium komunikasi hati ke hati. Bila ikhlas dari hati kita, menyentuh hatinya yg jauh nun di sana, itu lebih terkesan berbanding bicara mulut manis bertebu di bibir. Kata rindu yg dilafazkan juga ditapis dgn terperinci oleh Allahu Rabbi, pemilik hatinya...

Selain itu, percayalah bahawa solat sunat sangat berkesan dlm meredakan rindu. Kadang-kadang, pd saat kita bertakbir, degupan kencang jantung kita mampu reda dgn serta-merta. Magic kan? Haaaa itulah barakahnya solat sunat tatkala rindu. Selain itu, kita juga mampu 'membunuh 2 burung dgn 1 batu' (killing 2 birds with 1 stone). Kita bersujud kpd Allah, di samping menyampaikan rindu hati kita kpd sidia.

Kenapa dikatakan solat sunat sebagai pengubat rindu? Ini kerana hakikat bahawa rindu dtg tak tentu masa. Kalau nak tunggu watu solat fardhu, pasti tak tertunggu. Oleh itu, laksanakanlah solat sunat, sbb solat sunat tak kira masa. Contohnya, rindu kita datang pada jam 8 pagi. Apa nak buat? Waktu Subuh dah lama berlalu. Kita boleh laksanakan solat sunat Dhuha. Kalau kita laksanakan solat Dhuha, kita masih boleh solat sunat yang lain-lain. Satu lagi analogi, contohnya kita mimpikan sidia (rindu sangat sampai masuk mimpi). Tersedar dari mimpi, jam 3 pagi, rasa rindu sangat kat dia. Apa nak buat? Isyak, dah lama kita solat. Nak tunggu Subuh, lama lagi. Nak sambung tidur, tak dapat sebab rindu sangat. Senang je. Bangun, ambil wuduk, solat sunat. Tak kisah nak solah istikharah atau solat hajat, atau mungkin solat apa saja. In shaa Allah, terubat rindu tu. Dah terubat rindu, alang-alang dah bangun tu, qiamulail terus sampai Subuh. Fuhh.. Untung betul. Ramai insan lain, rindu sia-sia. Sebab diorang tak buat apa-apa. Ada juga insan yang rindu, berdosa. Sebab diorang buat maksiat, hanya kerana mereka rindu. Tapi, kita rindu, berpahala. Sebab bila kita rindu, kita iamulail, beribadat kepada Allah swt. Best kan..?

Teringat kata-kata Ustaz Don Daniyal,

Kalau nak solat sunat, boleh niat,

Sahaja aku solat sunat kerana Allah Taala.

Cukup!

Maksud kata, solat sunat tu boleh dilaksanakan bila-bila masa, dan kalau tak tau nak solat sunat apa, boleh je niatkan sebagai 'solat sunat'. Itu sudah memadai. Pendek kata, bila rindu, solat sunat. In shaa Allah, rindu terubat, pahala pun dapat.

Rindu tak memerlukan suara lunak..
Untuk nyanyikan, "Tuhan sampaikan rinduku pada dia, agar dia tahu kurindukannya" (nada Obak Rindu)..
Rindu tak memerlukan kredit telefon berpuluh..
Untuk telefon dia, melepaskan rindu berjam-jam..
Rindu cuma memerlukan usaha sedikit..
Usaha untuk menyamankan badan dengan wuduk..
Usaha untuk bersolat sunat..
Soal luangkan masa,
Luangkan masa menyanyi, maybe sia-sia..
Luangkan masa call sidia, maybe berdosa, maybe juga sia-sia..
Luangkan masa bersolat sunat, berpahala...

Moga kita sama-sama belajar dan istiqamah.

Allah...


1 comments:

Post a Comment