About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday 24 August 2015

Mainan Perasaan



Mainan perasaan

Kadang-kadang rasa macam nak give up dengan semua benda yang kita buat.

If you know what I mean.

Penat letih semua ada. Kadang-kadang tak tahu mana satu nak mulakan dulu dan mana satu perlu buat.
Ni lah hidup, tak semua benda senang. Tak semua benda mudah.


Tapi lepas tu ada semangat yang datang.

Mak dan ayah!
=)

Bila ingat mak dengan ayah susah payah besarkan kita, didik kita sampai dah nak umur 26 tahun ni, terus rasa 'jangan lah cepat mengalah Yui!'

Biasa lah, manusia kan. Takde yang perfect pun termasuk Yui sendiri.
Teheeeee.

Suka fikir negatif sedangkan banyak benda nak fikir lagi. Bila nak berubah ni Yui?


Macam-macam masalah ada.


Masalah hidup, masalah hubungan, masalah masa dan banyak lagi masalah.

Kejap kita rasa happy je, kejap rasa sedih memanjang je.
Seriously letihnya hidup ni. *sebenarnya tak baik mengeluh* ya ya i know =/ Alahai.
Hidup ni memang tak seindah yang kita harapkan sebab tu jangan terlalu suka dan terlalu sedih. Kesan dia kat diri sendiri jugak nanti. Buat kerja mula lah tak kena.


Stay strong.


Mak ayah hantar pergi sekolah, masuk universiti, bukan nak tengok kita jadi macam ni.

Mak ayah nak buat kita berjaya. Berjaya dan jadi manusia yang berguna.

dan mungkin buat mereka rasa sedikit bangga ada anak macam kita.

Ayah pernah kata,
'anak ayah dapat keputusan cemerlang pun bukan untuk ayah tapi untuk diri kau sendiri.'

Tapi kadang-kadang benda tu yang kita lupa.

:')


Bila kita jatuh, kita bangun semula. Jangan cepat putus asa.
Allah duga kita atas kemampuan kita sendiri. Allah uji sebab DIA sayangkan kita.


Always be positive.


Hidup ada turun dan naik. Nak jadi manusia dalam kehidupan ni kena lah kuat.

Bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri kan?



Hati kena kental Yui.
Bawak-bawak lah berdikari.
Takde siapa nak tolong melainkan diri sendiri.


Ni semua mainan perasaan semata-mata.

Pengaruh dari stress kerja mungkin. See, salahkan benda lain dari salahkan diri sendiri.

Come on Yui.
bawak-bawak sedar diri.

P TAUBAT CEPAT YUI..!
BANYAK DOSA KAU BARANGKALI..

Allah...



0 comments:

Post a Comment