About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Saturday 29 March 2014

Hati Kering






Apa yang korang faham tentang hati kering? Gua ni sebenarnya bukanlah jenis yang hati kering, kadang-kadang tu sesentap la jugak kannn. Tapi bila umur da makin menggunung ni, gua rasa kadang-kadang kita perlu ada sikap hati kering ni. Tak syok gak kalau nak sesentap je. Hati sakit hati sedih siapa yang nak ambil tahu. So dengan cara hati kering je lah yang boleh mengubat hati sendiri.

Tapi kena ingat!!

Bersikap hati kering ni mestilah kena pada tempatnya. Jangan nak menonong suka hati hangpa je nak amalkan hati kering ni. Betul kata orang, kalau dok menjaga hati orang lain, hati sendiri siapa nak jaga?

Tapi kenalah agak-agak sikit. Kalau amalkan hati kering tak kena tempat, boleh menjadikan orang-orang sekeliling kita tak senang dengan kita. Hangpa nak jadi lagu tu ka? Mesti tak kannn.

So kesimpulannya kat sini, sendiri dah besar sendiri fikirlah.

Thursday 27 March 2014

#RIPMH370




Assalamualaikum korang..
Apa khabar semuanya? Harap korang sihat dan sentiasa berada di bawah lindunganNya. aminn..

Wohh.. Bersawang suda..!!

Tiap kali nak update mesti mood malas datang menjengah. Haishh!! Penyakit M yang langsung tak ada ubat. -___-"

27 Mac 2014, genap hari ke-20 kehilangan pesawat comel kita MH370. Berita baru-baru ini kata destinasi MH370 berakhir di Lautan Hindi. Allahuakhbar.. Gua yang tak kenal siapapun dalam pesawat tu terasa impact yang sangat kuat. Ini apatah lagi diorang-diorang yang ada family dan sahabat yang terlibat. Hanya Allah saja yang tahu apakah perasaan diorang sekarang. 

Sabar..

Perkataan sabar tak boleh digunapakai untuk saat ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kita doakan agar Kotak Hitam yang akan merungkaikan segalanya itu cepat dijumpai. Hanya dengan cara itu saja, kita dapat tahu apa yang telah berlaku pada misteri kehilangan MH370.

Fungsi Kota Hitam.

Fungsi kotak hitam sendiri adalah untuk merakam komunikasi antara juruterbang dengan kawalan lalu lintas udara (ATC) serta untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca selama penerbangan. Walaupun dinamakan kotak hitam tetapi sesungguhnya perakam penerbangan tersebut tidak berwarna hitam melainkan berwarna jingga/oren. Hal ini kerana untuk memudahkan pencarian jika pesawat itu mengalami kemalangan.


Wednesday 12 March 2014

Pengorbanan Seorang Ibu




Assalamualaikum korang..

Hari ini ramai juga yang tak ada kat ofis. Biasalah masing-masing busy dengan komitmen. 
Gua je yang awal-awal ni masih "wat lex wat peace" lagi. Heeeeee..

Gua nak story sikit, kat ofis gua adalah akak-akak yang sudah berumahtangga. So ada pengalaman dalam melahirkan anak. Sebelum ni gua ada juga tanya-tanya informasi tentang entry kali ni. Gua pun tak ingat macam mana topik ni boleh jadi perbualan kami tadi.

Daripada story akak ofis plus story mak gua, gua memang tabik spring lah pada ibu-ibu seluruh dunia. Pengorbanan diorang nak melahirkan seorang anak untuk melihat dunia memanglah sangat-sangat (1 000 000 kali) besar. Sanggup gadaikan nyawa sendiri untuk melahirkan seorang anak. 

Ya Allah, sungguh besar pengorbananmu Ibu.

Sebelum melahirkan, kena tahan selama 9 bulan untuk jaga kita dalam perutnya yang comel. 
Makan makanan yang berkhasiat supaya kita sihat dalam perutnya yang comel.
9 bulan bukan tempoh yang sekejap, tahan sakit bila kita aktif dalam perutnya yang comel.

Tetiba rasa rindu pulak emak kat rumah. Huhu..

Rasulullah juga pernah sebut :

Pertama Allah..
Kedua Rasul..
Ketiga Ibu..
Keempat Ibu..
Kelima Ibu..
Keenam Ayah..

Tiga kali ibu disebut, menunjukkan betapa besarnya seorang ibu. 

Ibu, seorang wanita yang sangat-sangat special.
Ibu, hanya satu. Tiada yang boleh menggantikan seorang ibu.

So kita sebagai anak, jagalah dan hormatilah ibu selagi mereka masih ada. Walaupun kadang-kadang gua ni degil, kepala batu. Hantuk kat dinding pun dinding boleh pecah. 
Tapi gua sayang gila weyh kat mak gua. 

Pn. Kamsaini.. Ni lah mak gua.. Comel cam gua kannn.. :P


Bila kita di atas, semua orang akan sanjung kita.

Tapi bila kita di bawah, tidak semua orang akan ada dengan kita. 

TAPI..

Ibu dan ayah kita tetap akan tolak kita naik ke atas.
Percayalah..!! Diorang takkan pernah tinggalkan kita..

Family kecik comel gua. Empat beranak je pong.. Tak ramai.. Heeeee..

Insan yang takkan pernah mengecewakan :)


Tuesday 11 March 2014

Fakta



Assalamualaikum korang..

Hari ini kat ofis takde orang, masing-masing busy dengan komitmen. So gua nak ambil masa sikit bila dapat idea nak buat post baru. Heeeee..

Korang percaya tak if gua kata..

Bila kita susah, tak ramai yang nak mendekati kita. 
Tapi, bila kita senang, orang mendekat dengan kita. 
Seolah-olah kita lubuk emas dia. 

Setakat ini Alhamdulilah gua belum lagi mengalami situasi macam itu. Alhamdulilah dan syukur sangat-sangat sebab Allah kurniakan gua kawan-kawan yang bukan spesies macam ini. Tapi gua pernah nampak ada kawan-kawan gua yang pernah mengalami situasi macam ini.

Geram gak lah bila gua dengar masalah kawan-kawan gua yang terkena dengan orang-orang yang macam ini. Kebanyakannya kawan-kawan gua yang terkena semua jenis yang baik dan tak suka fight balik. Hish if gua kat tempat diorang, gua pedulik hape! 
 
Orang-orang macam spesies ni kadang-kadang tak sedar akan kesilapan diorang. So that's why lah kena tegoq depa-depa ni. 

Tak baik tau weyh..!! Buat macam tu kat kawan-kawan. Hidup kita ni macam karma.

What you do.. You will get back..!

Even mulut gua ni kadang-kadang mengalahkan cili padi, tapi gua tak pernah lagilah mendoakan orang-orang spesies ni dapat karma diorang. Just doa moga depa-depa ni cepatlah sedar. Sampai suatu masa nanti, korang akan rasa juga situasi macam ni terkena kat batang hidung korang.

Time tu barulah tahu langit tu tinggi ke rendah.

Monday 10 March 2014

Pray For MH370..



Assalamualaikum korang,
Apa kaba semua? Moga korang sentiasa di bawah lindungan dan dirahmati olehNya. in shaa Allah.

I think everyone in Malaysia but throughout the world are being told about the mysterious disappearance of a MAS flight MH370. Lots of speculation on social networking sites. Most of twitter. You all type # PrayForMH370.Banyak gila spekulasi yang orang-orang bijak pandai sangat ni ulaskan.

For them maybe this is a fun thing. But at least think for feelings of family members of victims. Of course they are sad and worried. Yang paling gua geram, buat spekulasi mengarut, boleh hashtag pulak !! Bila hashtag, confirm lah satu dunia yang baca. Spekulasi yang dibuat semuanya dari negara kita. Tak malu ke korang bila rakyat negara lain baca? Ermmm.. Masing-masing sudah dewasa sudah boleh fikir. 

So bak kata Nabil.. Lu Pikirlah Sendiri..

We should be equally pray that the victims will be safely returned.

In shaa Allah.  

Kerja Allah tiada apa yang mustahil..
Kun Faya Kun

Continue to pray for MH370 ..

May the miracle to happen .. In shaa Allah ..
 


Thursday 6 March 2014

"I LOVE YOU" Dalam Berbagai Bahasa Dunia. Check this out!


 Assalamualaikum korang..

Gua baru lepas lunch, sementara nak tunggu makanan hadam dan dapat mood rajin buat kerja balik sesaje update blog yang if dibiar memang penat nak kemas sawang-sawang halimunannya. Heeeeee

Dulu masa study kat UTeM, student memang wajib ambil bahasa ketiga. So bahasa ketiga pilihan gua adalah Mandarin. Kononnya if tahu bahasa Mandarin, bolehlah minta diskaun kat Low Yatt. Huhu.

First class bahasa Mandarin, cikgu tu tanya 

"Apa perkataan ataupun ayat yang awak tahu dalam bahasa Mandarin?"

Gua dengan konfiden menjawab 

"Wo Ai Ni..!!"

Memang semua orang kat dunia ni sukakan Cinta, dan oleh disebabkan itu gua nak ajar korang semua untuk ucapkan kat bf/gf korang "I LOVE YOU" guna bahasa dunia. Barulah RARE kann..!!


  • Afrikaans - Ek het jou lief
  • Albanian - Te dua Arabic - ana uhhibuk (to male)
  • Arabic - ana uhhibukka (to female)
  • Armenian - Yes kez sirumen
  • Bambara - M'bi fe
  • Bangla - Aamee tuma ke bhalo baashi
  • Belarusian - Ya tabe kahayu
  • Bisaya - Nahigugma ako kanimo
  • Bulgarian - Obicham te
  • Cambodian - Bung Srorlagn Oun
  • Catalan - T'estimo
  • Cheyenne - Ne mohotatse
  • Chichewa - Ndimakukonda
  • Corsican - Ti tengu caru (to male)
  • Creol - Mi aime jou
  • Croatian - Volim te
  • Czech - Miluji te
  • Danish - Jeg Elsker Dig
  • Dutch - Ik hou van jou
  • English - I love you
  • Esperanto - Mi amas vin
  • Estonian - Ma armastan sind
  • Ethiopian - Ewedishalehu
  • Faroese - Eg elski teg
  • Farsi - Doset daram
  • Filipino - Mahal kita
  • Finnish - Mina rakastan sinua
  • French - Je t'aime, Je t'adore
  • Gaelic - Ta gra agam ort
  • Georgian - Mikvarhar
  • German - Ich liebe dich
  • Greek - S'agapo
  • Gujarati - Hu tumney prem karu chu
  • Hiligaynon - Palangga ko ikaw
  • Hawaiian - Aloha wau ia oi
  • Hebrew - Ani ohev otah (to female)
  • Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
  • Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
  • Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hai
  • Hmong - Kuv hlub koj
  • Hopi - Nu' umi unangwa'ta
  • Hungarian - Szeretlek
  • Icelandic - Eg elska tig
  • Ilonggo - Palangga ko ikaw
  • Indonesian - Saya cinta padamu
  • Inuit - Negligevapse
  • Irish - Taim i' ngra leat
  • Italian - Ti amo
  • Japanese - Aishiteru
  • Kannada - Naa ninna preetisuve
  • Kapampangan - Kaluguran daka
  • Kiswahili - Nakupenda
  • Konkani - Tu magel moga cho
  • Korean - Sarang Heyo
  • Latin - Te amo
  • Latvian - Es tevi miilu
  • Lebanese - Bahibak
  • Lithuanian - Tave myliu
  • Macedonian Te Sakam
  • Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
  • Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
  • Maltese - Inhobbok
  • Mandarin - Wo ai ni
  • Marathi - Me tula prem karto
  • Mohawk - Kanbhik
  • Moroccan - Ana moajaba bik
  • Nahuatl - Ni mits neki
  • Navaho - Ayor anosh'ni
  • Nepali - Ma Timilai Maya Garchhu
  • Norwegian - Jeg Elsker Deg
  • Pandacan - Syota na kita!!
  • Pangasinan - Inaru Taka
  • Papiamento - Mi ta stimabo
  • Persian - Doo-set daaram
  • Polish - Kocham Cie
  • Portuguese - Amo-te
  • Romanian - Te ubesc Roman
  • Numerals - 333
  • Russian - Ya tebya liubliu
  • Rwanda - Ndagukunda
  • ScotGaelic - Tha gra\dh agam ort
  • Serbian - Volim te
  • Setswana - Ke a go rata Sign Language - ,\,,/
  • Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
  • Sioux - Techihhila
  • Slovak - Lu`bim ta
  • Slovenian - Ljubim te
  • Spanish - Te quiero / Te amo
  • Surinam- Mi lobi joe
  • Swahili - Ninapenda wewe
  • Swedish - Jag alskar dig
  • Swiss-German - Ig liebe di
  • Tajik - Man turo Dust Doram
  • Tagalog - Mahal kita
  • Taiwanese - Wa ga ei li
  • Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
  • Tamil - Naan unnai kathalikiraen
  • Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
  • Thai - Chan rak khun (to male)
  • Thai - Phom rak khun (to female)
  • Turkish - Seni Seviyorum
  • Ukrainian - Ya tebe kahayu
  • Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
  • Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
  • Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
  • Welsh - 'Rwy'n dy garu
  • Yiddish - Ikh hob dikh Yoruba - Mo ni fe
  • Zimbabwe - Ndinokuda

Tuesday 4 March 2014

Tak Sempat Jadi Penganggur Terhormat.



Assalamualaikum u'ollllssss..

Perghhh..!! Bersawang seyh blog gua..!! Ish3..!! 
Disebabkan dengan busy mengarang report praktikal, gini la jadik nya. Banyak benda sebenarnya yg harus diceritain. Tapi tulah... Masa memang jeles dgn gua ni.

Tapi takpe, apa yg penting haruslah didahulukan.

Cerita yang kononnya banyak tu, gua peram dulu. Peace!

Owkaylah..

21 Febuari 2014, Alhamdulilah gua selamat dan berjaya menamatkan praktikal dan jadilah unofficial grad.. Yey..!! Hanya Allah saje yang tahu gembiranya hati ini bila sudah berjaya menamatkan zaman belajar. 6 tahun kot gua belajar, if tak pandai-pandai gak.. Tak tahu lah apa lg nk habaq kat hangpa ni!

Selepas aku, pastilah emak ayah aku yang sangatlah happy atas petamatan (pon bole) gua belajar. Setelah bertungkus-lumus bekerja, mencari rezeki, berbuih mulut membebelkan gua.. Finally tamat suda..


Perkara yang paling gua takut bila da abeh study ni adalah susah nak cari kerja! Ye la zaman sekarang ni banyak saingan kot! Depa semua pandai-pandai belaka.. Gerun ceq..!!

Tapi atas kudrat usaha diiringi dengan doa dari org yang tak putus-putus mendoakan gua, sape lagi kalo bkn emak ayah gua. Gua berjaya diserapkan masuk untuk bekerja di tempat gua praktikal sebelum ini. Alhamdulilah. Dengan gaji yang owkay la untuk fresh graduate cam gua ni. Gaji tak penting sangat, yang penting gua kena kutip ilmu banyak-banyak untuk masa depan gua. In shaa Allah..

Tak sempat gua nak mendapat pengalaman jadi Penganggur Terhormat. Heeeee..

So doakan kami owkay korang..!!

Geng gua dari zaman belajar kat UTeM. Dia pun join senasib dengan gua. Rezeki kami. Alhamdulilah