About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday 6 December 2015

Pertunangan Yang Bahagia




Hari-hari berlalu yang dilewati seakan-akan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Ya, hanya beberapa minggu yang lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku sudah berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah (pertolongan) Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar di tepi tebing, menunggu saat untuk tergelincir jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyah dan terus memimpinku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang hamba. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalanku juga menggunakan dua kaki, lihatku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Shayhk Abdul Qadir Al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang wanita yang sedang mengembara di bumi Tuhan. Destinasiku kelak juga sama seperti kalian di Negeri Barzakh, yang kekal abadi.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabat yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar yang aku sudah dikhitbah (bertunang) apabila melihat kedua tanganku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diamku bukan membuka pintu-pintu soalan yang terlalu banyak, tetapi diamku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian. Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang, "Warna putih bersih.."

"Alhamdulilah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang baju. Jangan berlebihan." Ibu mengangguk perlahan

Beberapa hari ini, aku menyelak satu persatu helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali untuk aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahu-mahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan Ya Allah..

Sejak pertunangan itu, aku semakin banyak mengulangi al-quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh.

Mudah-mudahan aku tenang. Asy-Syifa' aku adalah al-quran, yang setia menemaniku dalam resah. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rupanya rasa orang-orang yang mendahului.

"Kak, siapa tunang akak? mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"In shaa Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana pada hari pernikahan nanti, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum lagi untuk sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan adalah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandaikan aku sedang bahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabat juga merasa kehilanganku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan Asy-Syifa' aku, al-quran. Ini tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafasku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?" Aku tiada jawapan khusus.

"In shaa Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu.." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Insyirah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, diakan ana banyak-banyak!" Itu sahaja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahanku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"In shaa Allah, kalian pasti akan tahu bila sampai waktunya nanti.."

 Rahsiaku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu untuk menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku, dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa perlu menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya sedaya upaya aku siapkan, baju menikahnya dan aku katakan sekali lagi kepada ibu..

"Usah berlebihan ya.." Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Siti, jom makan!" Aku tersenyum lagi. Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa." Sahabat juga semakin galak mengusik.

"Wah, Siti diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat. Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam rumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

* * * * * * *

"Tenangnya. Subhanallah. Allahuakhbar."

"Ya Allah, tenangnya.."

"Moga Allah memberkatinya.."

Allah, itu suara sahabat-sahabatku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabat ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput mereka sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbahku.

Dalam sedar tidak sedar, hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahanku sentiasa ada suara sayu yang menangis sayu di hening malam,dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkanku dengan Engkau. Yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hambaMu yang tidak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui."

Akhirnya, Insyirah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian.

"Siti bertunang dengan siapa, makcik?"

Ibu tenang menjawab,

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Siti hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakhbar." Terduduk Insyirah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama."

Ibu angguk, tersenyum lembut.

"Ini nak, bukunya."

Senaskhah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patutlah Siti selalu menangis, Insyirah tak tahu makcik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Siti mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan."

 Insyirah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Siti yang diberikan oleh ibu. Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku dirisik oleh Malaikat Maut dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan Maut. Aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diriku kepada Allah.

Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari Allah yang perlu dipulangkan apabila Allah meminta. Ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) sahaja malah akhlaknya sekali.

Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu....

p/s : Petikan diambil dari buku motivasi 'Kun Anta'.                          

Friday 13 November 2015

Ujian Daripada Allah swt.





Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.
Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?
Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Allah timpakan ujian supaya kita bersabar

Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.
Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.
Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.
Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.
Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?
berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.
Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.
Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!
Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.
Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.
Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.
Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.
Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Friday 6 November 2015

17 Pelajaran Penting Yang Harus Kita Ingat Ketika Hati Kita Dikecewakan & Ditolak



Some plants are only meant to last for a certain season, or certain period of time. If you try to make them live longer, you’ll be a bad gardener.
Pasti, bila kita mengimbau kembali kehidupan kita, kita akan sedar bahawa dalam penolakan yang kita terima dari seseorang, atau tidak mendapat sesuatu yang kita inginkan; – kita akan digantikan sesuatu atau seseorang yang kita perlukan.
Ya, apa yang kita perlukan. Bukan apa yang kita idamkan.
Untuk menyedari perkara ini ketika anda sedang dilanda kesedihan, memanglah sukar. Kita tidak akan nampak.
Saya faham kerana saya juga pernah melaluinya.

Akui sahaja hidup ini adalah sukar..

Kadang-kadang, boleh jadi sangat-sangat sukar. Kadangkala kita rasa hidup ini semacam tidak adil.
Hidup ini adalah misteri. Kesakitan dan kekecewaan selalu datang silih berganti, namun…
…kesakitan dan penolakan adalah ubat yang bagus; ia mengajar kita untuk menolak hubungan dan peluang yang tidak mungkin akan kekal, jadi membuka peluang untuk kita untuk bertemu yang orang betul-betul sesuai untuk kita.
Dengan kesakitan, datangnya kehidupan baru.
Dengan kesakitan, datangnya peluang baru.
Dengan kesakitan, kita membesar menjadi lebih matang.
Dengan kesakitan, akan datangnya penyembuhan.
Ditolak tidak melambangkan bahawa kita seorang yang tidak cukup baik, tetapi ia hanya bermakna bahawa orang lain gagal untuk memahami apa yang kita dapat tawarkan. Ia membolehkan kita memperbaiki diri dan meneroka peluang-peluang lain yang ada.
Adakah kita akan terasa pahit? Sudah pasti.
Rasa terluka? Semestinya, kita adalah manusia biasa.
Malah kita mungkin terluka berkali-kali. Tiada satu jiwa diatas dunia ini yang tidak akan merasa patah hati selepas ditolak.
Mungkin pada permulaannya akan timbul pelbagai persoalan di minda yang membuatkan kita tertanya-tanya.. apakah salah kita, apa kekurangan kita, dan sebagainya lagi.
Secara jujurnya, jika ada seseorang tidak melayan anda dengan cara yang sepatutnya, periksa kembali harga diri anda.
Jangan habiskan masa kita untuk mendapat perhatian orang sebegini. Jika masih terhegeh ingin meraih perhatian darinya, andalah yang tidak menghormati diri sendiri.
Jika kita sendiri tidak menghargai dan tidak menghormati diri kita sendiri terlebih dahulu, bagaimana pula kita boleh mengharapkan orang lain akan respect kepada kita?
Saya tahu sukar untuk menerima kenyataan ini, tetapi cubalah fikir mengenainya.

Jangan mudah mengalah dalam kehidupan. Ada pelajaran yang Allah ingin kita lalui.

Kita selalunya membiarkan kekecewaan dan penolakan dimasa lampau menentukan setiap langkah yang kita buat. Kita tidak pasti adakah menjadi lebih baik atau sebaliknya.
Sekarang tiba masanya untuk kita menyedari dan menghapuskan fikiran separa-sedar yang menyatakan kita tidak layak untuk mendapat yang terbaik.
Hidup kita, kita yang tentukan.

Sekarang adalah masa untuk mengingatkan diri kita bahawa..

  1. Orang yang kita suka, sayang dan hormat di masa lalu (atau sekarang), dimana dia melayan kita seperti sampah, tiada apa yang boleh kita harapkan daripadanya pada masa akan datang, melainkan hanya sakit kepala dan sakit hati serta perasaan.
  2. Salah satu saat yang paling berharga dan penting dalam hidup kita adalah apabila saat dimana pada akhirnya kita mempunyai kekuatan untuk melepaskan apa yang kita tak mampu ubah, seperti perangai dan keputusan orang lain.
  3. Allah mempunyai rancangan yang lebih hebat buat kita, dimana ia tidak akan membuatkan kita menangis siang dan malam atau membuatkan kita patah hati lagi. Yakinlah bahawa lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, dan begitulah sebaliknya.
  4. Kebenaran memang pahit; Kadangkala kita perlu merasa perit jatuh ke tanah dahulu, sebelum dapat berdiri lebih tinggi dan lebih kuat dari sebelumnya.
  5. Dunia masih belum berakhir: – biasa kita merasakan kehilangan seseorang yang kita sayang adalah seperti dunia mahu kiamat. Tenang, masih banyak peluang dan ruang untuk kita.
  6. Kadangkala orang tidak akan perasan apa yang kita beri dan korbankan selama ini sehinggalah kita berhenti membuatnya. Dan kadangkala juga, semakin banyak peluang yang kita beri, semakin kita tidak dihormati. Cukup-cukuplah. Jangan biarkan orang lain berasa selesa tidak menghormati anda. You deserve better.
  7. Sesetengah babak dalam kehidupan kita berakhir tanpa penutup. There’s no point in losing yourself by trying to fix what’s meant to stay broken. Satu hari nanti kita pasti akan merasa bahagia dengan kehidupan baru, dengan syarat kita tidak lagi meletakkan harapan pada kisah yang lama.
  8. Tarik nafas dalam-dalam. Ketenangan bermula apabila kita memutuskan untuk tidak membiarkan orang lain atau apa yang berlaku mengawal emosi kita.
  9. Kita jangan mengambil hati sangat dengan apa yang orang lain cakap-cakap mengenai diri kita. Apa yang mereka fikir dan ucapkan adalah refleksi diri mereka yang sebenar, bukan kita.
  10. Orang yang mempunyai kekuatan untuk berjaya dalam tempoh yang panjang adalah mereka yang membina kejayaan diri mereka menggunakan batu-bata yang dilempar orang lain terhadap mereka.
  11. Biarkan parut yang masih berbekas mengingatkan kita bahawa; kesakitan yang dilakukan orang lain pada waktu lalu telah menjadikan kita semakin kuat, lebih bijak dan tabah.
  12. Bila kita kehilangan seseorang atau sesuatu, jangan fikirkan ia sebagai satu kehilangan. Tetapi anggap ia sebagai satu kesenangan yang meringankan beban kita, supaya kita boleh mengembara dengan lebih baik dalam perjalanan hidup.
  13. Kita tidak akan terlepas apa yang telah ditetapkan untuk kita, walaupun ia datang dalam arah yang bertentangan. Oleh itu sentiasa tenang dan stay positive.
  14. Membandingkan diri anda dengan orang lain, atau persepsi mereka, hanya akan menenggelamkan kemahuan hati, kecerdikan dan kebebasan pemikiran kita. Tiada siapa yang boleh mengawal keadaan hidup kita sekarang lebih baik melainkan anda sendiri.
  15. Lebih banyak kita isi kehidupan kita dengan tujuan dan semangat yang tulen, semakin kurang masa dan tenaga yang kita bazirkan untuk memuaskan hati semua pihak.
  16. Kadangkala, perubahan dalam kehidupan adalah peluang yang sempurna untuk melepaskan satu situasi untuk menghadapi sesuatu yang lebih baik yang akan datang kepada kita.
  17. Sekarang adalah permulaan baru. The possibilities ahead are endless. Jadilah cukup kuat untuk melepaskan, cukup berani untuk bergerak ke hadapan, cukup rajin untuk bekerja keras dan cukup sabar untuk menunggu apa layak untuk kita!

Masa silam tidak boleh diubah, ditukar, dipadam dan dilupakan. Ia hanya boleh diterima

Kesakitan itu memang wujud.
Dan memang perit untuk hidup dengan hati yang sarat dengan luka. Tiada siapa yang akan mampu memahami apa yang kita lalui.
Tapi sebenarnya kehidupan akan lebih mudah jika kita tidak mempersoalkan lagi setiap apa yang berlaku.
Redha itu akan mudah dicapai bila kita membuka hati untuk belajar berdamai dengan takdir.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)
Maafkan mereka yang melukakan hati kita, sebab dengan kemaafan akan membuka pintu ketenangan.
Buka mata, buka hati dan ambillah segala pelajaran yang kehidupan berikan kepada kita. Kesakitan yang paling perit itulah yang akan memberi kita pelajaran yang paling berguna dalam hidup.
Dan satu hari nanti, apabila kita telah redha dengan semua yang terjadi; pasti kita akan mengucapkan terima kasih atas pengalaman ini. Kita akan rasa bertuah diuji sebegitu.
Kerana Allah adalah penulis jalan hidup yang terbaik. Cuma kita harus bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu.
La tahzan, innallaha ma anna :’)


Friday 30 October 2015

Biar Kecewa Cinta Dengan Manusia Tapi Jangan Dengan Allah..




Aku sedar dalam soal hati dan cinta ini tiada undang-undang yang rasmi dan tidak juga kerana keterpaksaan. Jatuh cinta adalah kerana kita yang menginginkannya. 

Jatuh cinta adalah pekara yang terindah dalam hidup dan putus cinta bagaikan mimpi ngeri yang tak mampu terungkapkan.

Lalu aku tersedar bahawa cinta itu adalah sebahagian cubaan hidup ini, cinta adalah sebuah risiko yang perlu kita hadapi kalau indah maka bahagialah kalau kecewa itu tidak terkata.

kadang-kadang bila kita memiliki cinta kita terlupa bahawa cinta itu perlu di semai dan dipupuk dengan perasaan kasih sayang.Kita terlalu yakin bahawa itulah cinta hingga ke akhir hayat.Dan apabila semuanya berakhir baru kita sedar kesilapan apa yang kita lakukan. Malangnya kita sudah terlambat.


Apa yang aku tahu soal cinta ini adalah soal hati dan ianya juga adalah soal jodoh.Kita hanya mampu merancang dan ALLAH yang menentukan segalanya. Tapi aku lebih rela kehilanganmu dan aku tak sanggup kalau kehilangan Allah yang selalu memberikan segalanya dan selalu ada untuk aku.

Ketika aku menangis sekian lama dan hatiku masih terasa pedih.Allah sudah menghitung airmata itu.Jika aku terfikir bahwa hidupku sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja.Allah sedang menunggu bersama-samaku.Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan aku merasa tertekan.Allah bersamaku untuk menenangkanku.Ketika aku terfikir bahwa aku sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi,Allah mempunyai jawapannya.Ketika aku hiba ,gundah gelana dan hilang arah, Allah ada selalu bersamaku.Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan aku merasa ingin bersyukur.Allah telah pun memberkati,ketika aku merasa sendirian dan rakan-rakanku terlalu sibuk dengan dunia mereka,Allah sentiasa berada di sampingmu.
 
Daripada Ibnu Abbas r.anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;

“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” 

(At-Tirmizi). 

Dalam satu hadith yang lain: “Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka.”Bukan sahaja wajah yang terselamat, tetapi seluruh badannya dan orang itu ialah ahli syurga. Airmata memberi syafaat kepada tuannya di hari kiamat dengan izin Allah.

ALLAH SELALU ADA UNTUK AKU. TAPI CINTA ITU ADALAH DI SAAT KITA BERTEMU DAN MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT TERHADAP SESEORANG. JIKA CINTA ITU TIDAK BERKEKALAN MUNGKIN ALLAH MENGINGINKAN KITA BERTEMU DAN BERCINTA DENGAN ORANG YANG SALAH SEBELUM BERTEMU DENGAN ORANG YANG TEPAT. KITA HARUS MENGERTI DAN BERLAJAR UNTUK MENGHARGAINYA ..

Friday 23 October 2015

6 Manfaat Kurma Untuk Kecantikan Kulit




Kurma adalah buah asli Timur tengah yang terkenal bagus untuk menjaga kesihatan. Saat puasa ramadhan tiba, kurma mudah sekali ditemui. Buah yang mempunyai rasa manis ini juga biasa dijadikan oleh oleh khas Haji dan Umroh. Manfaat buah kurma untuk kesihatan di antaranya adalah menyembuhkan sembelit, bagus untuk ibu hamil dan menjadi sumber energi setelah puasa. 
Manfaat buah kurma sebenarnya tidak terbatas untuk kesihatan saja. Kandungan vitamin dan mineral dalam kurma ternyata cukup bagus untuk memelihara kesihatan kulit. Kurma mengandung vitamin C, vitamin B6, vitamin K, asam folat, vitamin A, kalium, kalsium, energi, karbohidrat, protein, potasium dan serat makanan. Untuk mengetahui manfaat kurma untuk kecantikan kulit lebih lanjut, jom baca entry di bawah :)

Kurma Melembutkan Kulit
Dengan konsumsi kurma setiap hari maka kulit akan jadi lebih halus. Ini adalah manfaat dari dalam saat mengkonsumsi kurma. Manfaat kurma ini juga boleh diambil dengan membuat masker dari kurma. Caranya mudah iaitu ambil 6 biji kurma yang telah dipisahkan dengan bijinya. Blender isi kurma sampai halus. Setelah wajah dibersihkan maka aplikasikan masker kurma terus pada wajah. Biarkan masker selama 20 minit lalu bilas dengan air suam.

Kurma Mencerahkan Kulit
Kandungan vitamin C pada kurma bisa dimanfaatkan untuk mencerahkan kulit. Baik dnegan cara dimakan maupun dibuat masker sama-sama memberikan manfaat. Lebih baik bila menggunakan dua cara, dimakan dan masker kurma, untuk hasil lebih maksima. Gunakan masker buah kurma ini paling tidak seminggu dua kali. Lakukan secara rutin selama sebulan. Perhatikan perubahan kulit wajah anda. 

Kurma Mengobati Dermatitis
Kandungan B6 dan protein dalam kurma boleh digunakan untuk mencegah dan mengubati penyakit kulit atau dermatitis. Caranya adalah membuat masker dari kurma. Sapukan masker kurma secukupnya pada daerah yang terdapat dermatitis. Tunggu selama 15 minit. Kemudian bersihkan masker kurma tadi menggunakan air suam. Lakukan cara ini sampai masalah kulit sembuh sempurna. Jangan lupa untuk mengkonsumsi kurma untuk pengubatan dari dalam.

Kurma Baik Untuk Kulit Sensitif
Manfaat kurma untuk kecantikan kulit lainnya adalah bagus digunakan untuk jenis kulit sensitif. Sekali lagi manfaat vitamin B6 dan protein dalam kurma ternyata bagus untuk digunakan merawat kulit sensitif. Caranya adalah menggunakan masker kurma. Korang boleh menambahkan yoghurt ke dalam masker secukupnya. Sapukan masker kurma tadi pada wajah sensitif atau yang sedang iritasi. Biarkan selama 10 minit lalu bilas dengan air bersih.

Bodyscrub Dari Kurma
Bodyscrub kurma adalah satu lagi cara memanfaatkan buah kurma untuk merawat kulit. Cara membuat bodyscrub kurma juga mudah. Korang hanya perlu mencampur buah kurma, cranberry dan jus aprikot menjadi satu. Sapukan scrub kurma ke seluruh tubuh sambil massage sikit-sikit. Biarkan selama 15 minit sampai kering lalu mandilah dengan air bersih. Korang boleh menggunakan scrub kurma ini seminggu sekali secara rutin.

Kurma Menjaga Kesegaran Kulit
Kurma juga bisa dimanfaatkan untuk menjaga kesegaran kulit wajah dan tubuh. Kandungan protein dan potasium dalam kurma membuat regenerasi sel sel kulit terjaga. Sel sel kulit jadi lebih segar dan muda. Cara merawat kulit dengan scrub kurma juga boleh digunakan untuk merawat kesegaran kulit. Enam manfaat kurma untuk kecantikan kulit di atas semoga bisa menjadi referensi untuk korang. 


p/s : Tips yang diambil ni pun lepas aku jenguk-jenguk blog lain. Dan diamalkan sendiri jugak. Dulu aku jenis tak suka makan kurma. Tapi bila try terus try. Sedap weyh! So teruslah amalkan. Setiap hari mesti aku makan 7 biji. Sebab dalam Rasulullah s.a.w penah kata :

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW


Monday 19 October 2015

Jodoh..





Assalamualaikum,
Semalam aku ada undangan jemputan kenduri kahwin kawan. Kawan yang baru saja kenal, tak sampai setahun rasanya. Tetapi, baru kenal pun dah rasa senang nau nak klik dengan budak ini. Huhu.. Dia ni muda setahun dari aku. Cantik dan lembut orangnya.

Entry kali ni bukan nak ceritakan pasal perkenalan kami. Tapi nak ceritakan sesuatu yang membuatkan aku tertarik pada kisahnya. Dia berkahwin dengan seorang lelaki yang baru saja kenal dalam 5 bulan. Katanya nak bercinta selepas nikah. Alhamdulilah. Aku juga berazam untuk mencapai cinta selepas nikah.

Perkenalannya dengan suami dalam tempoh yang singkat membuatkan aku excited nak tau macam mana dia boleh membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki tersebut. Jodoh barangkali. Nampak clishe kann.. Tapi lepas tau jalan cerita sebenar, membuatkan aku ubah pandangan. Inilah namanya Jodoh Allah..

Ada yang pernah pesan pada aku,

Yui, kalau nak dapat jodoh yang baik, kita kenalah cari di tempat yang baik. 

"Cari di tempat yang baik-baik..." Itu pesanannya.

Tapi, lepas aku gi kenduri semalam. Aku belajar sesuatu....

Jodoh.. 
Tak perlu dicari..
Sampai masa, ianya akan hadir dengan sendirinya..

Macam kisah kawan aku ni. Dia ni jenis yang duduk rumah. Kurang bersosial dengan kawan-kawan. Facebook? Twitter? Instagram? WeCHat? Memang dia tak join.. Dia just ada WhatsApp sahaja! Dalam hati aku kata, ada jugak orang macam ni. Hakhakhak..

Tapi itulah yang menariknya dia. Gadis yang lembut tapi tegas dalam berbicara. Beragama dan terpelihara. Gadis yang hanya duduk di rumah, tidak beria-ria mencari jodohnya, hanya berusaha dalam memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Subhanallah..

Semalam 18 Oktober 2015, dia sah menjadi seorang isteri kepada orang yang agak ternama juga dalam Malaysia. Allahuakhbar. Dia memang layak untuk dapat kurniaan begitu.

So, moral of the story...

Jodoh,
Tak perlu dicari.
Hanya perlu berusaha.. Bagaimana?
Usaha memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

Allah kan pernah kata :
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Begitu juga sebaliknya.

Allah tidak pernah mengambil apa-apa daripada hambaNya, melainkan Dia menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Serahkan hati bulat-bulat pada Allah. Allah Maha Mengetahui....

Thanx Allah sebab memberi peluang pada aku untuk merasai pengalaman ini. Pengalaman yang sangat berharga untuk diri aku sendiri. Allahu...


Friday 16 October 2015

3 Hikmah Bercinta Selepas Nikah.




Perkahwinan.
Satu proses penyatuan dua hati dengan melalui beberapa proses yang bersistematik. Menurut pandangan Islam, 'nikah' adalah akad yang menghalalkan di antara lelaki dan wanita hidup bersama-sama dan menetapkan tiap-tiap dari mereka hak dan tanggungjawab.

Pada zaman yang serba moden lagi canggih ini, kebanyakkan mereka yang ingin berkahwin memilih untuk bercinta dengan pasangan mereka sebelum mereka mengikat hubungan mereka dengan ikatan nikah. Tidak ramai yang mahu bercinta selepas bernikah.
Kita dimomokkan dengan andaian-andaian buruk seperti ‘boleh hadirkah perasaan cinta tersebut?’ dan ‘bagaimana pula jika perasaan tersebut tidak hadir selepas nikah?’

Hikmah #1 – Tiada Rasa Bersalah

‘Cinta’ itu sendiri adalah abstrak. ‘Cinta’ boleh ditafsirkan sebagai cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan sebagainya. Sebagai seorang muslim dan muslimah, kita semua pasti tahu bahawa hubungan cinta antara sepasang kekasih tanpa ikatan sah adalah dilarang sama sekali jika melibatkan sentuhan fizikal.
Islam menekankan bahawa haram bagi seseorang lelaki menyentuh seorang perempuan yang bukan mahramnya. Larangan ini sangat keras sehinggakan baginda Muhammad s.a.w menegaskan bahawa
“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.”Maksud hadith, dari riwayat Thabrani
Dengan bercinta selepas bernikah, pasangan tersebut boleh mengenali antara satu sama lain tanpa terhalang oleh batas-batas yang ketat. Perkara ini sama sekali tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang bercinta sebelum berkahwin.

Hikmah #2 – Senang Menzahirkan Rasa Cinta
Ini adalah sesuatu perkara yang amat sukar untuk dipercayai melainkan kita sendiri melaluinya. Setiap pasangan akan melalui saat di mana cinta mereka diuji. Bagi mereka yang belum bernikah, ujian tersebut akan menyebabkan mereka tidak tenteram dari perasaan negatif. Masih adakah cinta? Adakah dia setia? Mana buktinya?
Masalah-masalah sebegini dapat diatasi oleh mereka yang bercinta selepas berkahwin dengan mudah kerana tiada batasan untuk mereka menzahirkan rasa cinta mereka. Tidak ada halangan untuk mereka saling menzahirkan rasa cinta melalui kata-kata ataupun sentuhan.
Berbeza pula dengan mereka yang bercinta tanpa ada ikatan yang sah, hubungan antara mereka berdua dibatasi oleh syarak dan menyukarkan kedua-dua pihak dalam menyelesaikan pertengkaran yang ada.

Hikmah #3 – Proses Berkenalan Tanpa Batasan

Sesiapa yang pernah bercinta pasti akan mengakui bahawa transaksi daripada proses ‘berkenalan’ kepada ‘percintaan’ merupakan satu fasa yang sangat indah sekali. Banyak bait-bait lagu dan puisi-puisi yang mengungkapkan betapa manisnya fasa ini.
Bayangkan anda berada di fasa ini, tetapi tiada batasan yang menyekat pergaulan anda dan kekasih anda. Mahu berjumpa? Terus sahaja jumpa, tidak perlu bersusah-payah.
Mahu memeluk kekasih anda? Peluk sahaja, tiada dosa di atas anda, malah diberi ganjaran pahala! Inilah satu hikmah yang besar jika kita bercinta selepas berkahwin; ianya khusus untuk mereka yang memilih jalan ini.
Apakah ada lagi fasa yang lebih indah di dalam percintaan kita selain dari fasa pertukaran dari berkenalan ke percintaan?

Konklusi

Bercinta selepas berkahwin merupakan sesuatu perkara yang sangat indah lagi seronok. 
Tiada masalah jika mana-mana pihak mahu bercinta sebelum berkahwin asalkan mengikut batas syarak yang dibenarkan dan kedua-dua pihak yang terlibat mempunya matlamat yang jelas; bernikah.
Yakinlah, bahawa perasaan cinta itu milik Allah dan Dia berkuasa untuk meniup rasa cinta itu ke dalam hati kita selepas bernikah. Cinta selepas nikah itu indah; semoga percintaan kita semua diberkati Allah sebagaimana Dia memberkati percintaan di antara para Rasul-Nya dan isteri-isteri mereka.