About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Friday 6 November 2015

17 Pelajaran Penting Yang Harus Kita Ingat Ketika Hati Kita Dikecewakan & Ditolak



Some plants are only meant to last for a certain season, or certain period of time. If you try to make them live longer, you’ll be a bad gardener.
Pasti, bila kita mengimbau kembali kehidupan kita, kita akan sedar bahawa dalam penolakan yang kita terima dari seseorang, atau tidak mendapat sesuatu yang kita inginkan; – kita akan digantikan sesuatu atau seseorang yang kita perlukan.
Ya, apa yang kita perlukan. Bukan apa yang kita idamkan.
Untuk menyedari perkara ini ketika anda sedang dilanda kesedihan, memanglah sukar. Kita tidak akan nampak.
Saya faham kerana saya juga pernah melaluinya.

Akui sahaja hidup ini adalah sukar..

Kadang-kadang, boleh jadi sangat-sangat sukar. Kadangkala kita rasa hidup ini semacam tidak adil.
Hidup ini adalah misteri. Kesakitan dan kekecewaan selalu datang silih berganti, namun…
…kesakitan dan penolakan adalah ubat yang bagus; ia mengajar kita untuk menolak hubungan dan peluang yang tidak mungkin akan kekal, jadi membuka peluang untuk kita untuk bertemu yang orang betul-betul sesuai untuk kita.
Dengan kesakitan, datangnya kehidupan baru.
Dengan kesakitan, datangnya peluang baru.
Dengan kesakitan, kita membesar menjadi lebih matang.
Dengan kesakitan, akan datangnya penyembuhan.
Ditolak tidak melambangkan bahawa kita seorang yang tidak cukup baik, tetapi ia hanya bermakna bahawa orang lain gagal untuk memahami apa yang kita dapat tawarkan. Ia membolehkan kita memperbaiki diri dan meneroka peluang-peluang lain yang ada.
Adakah kita akan terasa pahit? Sudah pasti.
Rasa terluka? Semestinya, kita adalah manusia biasa.
Malah kita mungkin terluka berkali-kali. Tiada satu jiwa diatas dunia ini yang tidak akan merasa patah hati selepas ditolak.
Mungkin pada permulaannya akan timbul pelbagai persoalan di minda yang membuatkan kita tertanya-tanya.. apakah salah kita, apa kekurangan kita, dan sebagainya lagi.
Secara jujurnya, jika ada seseorang tidak melayan anda dengan cara yang sepatutnya, periksa kembali harga diri anda.
Jangan habiskan masa kita untuk mendapat perhatian orang sebegini. Jika masih terhegeh ingin meraih perhatian darinya, andalah yang tidak menghormati diri sendiri.
Jika kita sendiri tidak menghargai dan tidak menghormati diri kita sendiri terlebih dahulu, bagaimana pula kita boleh mengharapkan orang lain akan respect kepada kita?
Saya tahu sukar untuk menerima kenyataan ini, tetapi cubalah fikir mengenainya.

Jangan mudah mengalah dalam kehidupan. Ada pelajaran yang Allah ingin kita lalui.

Kita selalunya membiarkan kekecewaan dan penolakan dimasa lampau menentukan setiap langkah yang kita buat. Kita tidak pasti adakah menjadi lebih baik atau sebaliknya.
Sekarang tiba masanya untuk kita menyedari dan menghapuskan fikiran separa-sedar yang menyatakan kita tidak layak untuk mendapat yang terbaik.
Hidup kita, kita yang tentukan.

Sekarang adalah masa untuk mengingatkan diri kita bahawa..

  1. Orang yang kita suka, sayang dan hormat di masa lalu (atau sekarang), dimana dia melayan kita seperti sampah, tiada apa yang boleh kita harapkan daripadanya pada masa akan datang, melainkan hanya sakit kepala dan sakit hati serta perasaan.
  2. Salah satu saat yang paling berharga dan penting dalam hidup kita adalah apabila saat dimana pada akhirnya kita mempunyai kekuatan untuk melepaskan apa yang kita tak mampu ubah, seperti perangai dan keputusan orang lain.
  3. Allah mempunyai rancangan yang lebih hebat buat kita, dimana ia tidak akan membuatkan kita menangis siang dan malam atau membuatkan kita patah hati lagi. Yakinlah bahawa lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, dan begitulah sebaliknya.
  4. Kebenaran memang pahit; Kadangkala kita perlu merasa perit jatuh ke tanah dahulu, sebelum dapat berdiri lebih tinggi dan lebih kuat dari sebelumnya.
  5. Dunia masih belum berakhir: – biasa kita merasakan kehilangan seseorang yang kita sayang adalah seperti dunia mahu kiamat. Tenang, masih banyak peluang dan ruang untuk kita.
  6. Kadangkala orang tidak akan perasan apa yang kita beri dan korbankan selama ini sehinggalah kita berhenti membuatnya. Dan kadangkala juga, semakin banyak peluang yang kita beri, semakin kita tidak dihormati. Cukup-cukuplah. Jangan biarkan orang lain berasa selesa tidak menghormati anda. You deserve better.
  7. Sesetengah babak dalam kehidupan kita berakhir tanpa penutup. There’s no point in losing yourself by trying to fix what’s meant to stay broken. Satu hari nanti kita pasti akan merasa bahagia dengan kehidupan baru, dengan syarat kita tidak lagi meletakkan harapan pada kisah yang lama.
  8. Tarik nafas dalam-dalam. Ketenangan bermula apabila kita memutuskan untuk tidak membiarkan orang lain atau apa yang berlaku mengawal emosi kita.
  9. Kita jangan mengambil hati sangat dengan apa yang orang lain cakap-cakap mengenai diri kita. Apa yang mereka fikir dan ucapkan adalah refleksi diri mereka yang sebenar, bukan kita.
  10. Orang yang mempunyai kekuatan untuk berjaya dalam tempoh yang panjang adalah mereka yang membina kejayaan diri mereka menggunakan batu-bata yang dilempar orang lain terhadap mereka.
  11. Biarkan parut yang masih berbekas mengingatkan kita bahawa; kesakitan yang dilakukan orang lain pada waktu lalu telah menjadikan kita semakin kuat, lebih bijak dan tabah.
  12. Bila kita kehilangan seseorang atau sesuatu, jangan fikirkan ia sebagai satu kehilangan. Tetapi anggap ia sebagai satu kesenangan yang meringankan beban kita, supaya kita boleh mengembara dengan lebih baik dalam perjalanan hidup.
  13. Kita tidak akan terlepas apa yang telah ditetapkan untuk kita, walaupun ia datang dalam arah yang bertentangan. Oleh itu sentiasa tenang dan stay positive.
  14. Membandingkan diri anda dengan orang lain, atau persepsi mereka, hanya akan menenggelamkan kemahuan hati, kecerdikan dan kebebasan pemikiran kita. Tiada siapa yang boleh mengawal keadaan hidup kita sekarang lebih baik melainkan anda sendiri.
  15. Lebih banyak kita isi kehidupan kita dengan tujuan dan semangat yang tulen, semakin kurang masa dan tenaga yang kita bazirkan untuk memuaskan hati semua pihak.
  16. Kadangkala, perubahan dalam kehidupan adalah peluang yang sempurna untuk melepaskan satu situasi untuk menghadapi sesuatu yang lebih baik yang akan datang kepada kita.
  17. Sekarang adalah permulaan baru. The possibilities ahead are endless. Jadilah cukup kuat untuk melepaskan, cukup berani untuk bergerak ke hadapan, cukup rajin untuk bekerja keras dan cukup sabar untuk menunggu apa layak untuk kita!

Masa silam tidak boleh diubah, ditukar, dipadam dan dilupakan. Ia hanya boleh diterima

Kesakitan itu memang wujud.
Dan memang perit untuk hidup dengan hati yang sarat dengan luka. Tiada siapa yang akan mampu memahami apa yang kita lalui.
Tapi sebenarnya kehidupan akan lebih mudah jika kita tidak mempersoalkan lagi setiap apa yang berlaku.
Redha itu akan mudah dicapai bila kita membuka hati untuk belajar berdamai dengan takdir.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)
Maafkan mereka yang melukakan hati kita, sebab dengan kemaafan akan membuka pintu ketenangan.
Buka mata, buka hati dan ambillah segala pelajaran yang kehidupan berikan kepada kita. Kesakitan yang paling perit itulah yang akan memberi kita pelajaran yang paling berguna dalam hidup.
Dan satu hari nanti, apabila kita telah redha dengan semua yang terjadi; pasti kita akan mengucapkan terima kasih atas pengalaman ini. Kita akan rasa bertuah diuji sebegitu.
Kerana Allah adalah penulis jalan hidup yang terbaik. Cuma kita harus bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu.
La tahzan, innallaha ma anna :’)


0 comments:

Post a Comment