About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday 16 December 2014

Mewangi (Part 1) - Detik Perkenalan


             


Sebelum aku mengenali dirinya, aku telah mempunyai seseorang dalam hati. Tetapi biasalah, orang kata jodoh, mati, pertemuan dan perpisahan itukan kerja Allah s.w.t. Perhubungan aku dengan orang tersebut tidak kekal. Aku nak cerita dari mana aku kenal Mr. Mewangi aku ni. Heeeeee..

                Mr. Mewangi ni kawan kepada boifren kawan aku. Haaaaa.. Kawan aku ni satu politeknik dengan aku dulu. Sejak MSK (minggu suaikenal), aku dah memang rapat dah dengan minah sorang ni. Aku kenal Mr. Mewangi ni dari dialah. Tapi aku kenal gitu-gitu je. Kawan aku panggil Mr. Mewangi ni ‘Wando’. Aku dengar pun dah tak berkenan dah. Macam nama orang jahat kot!
               
                Suatu hari tu, kawan aku cakap yang Mr. Mewangi ni nak kenal dengan aku. Aku pelik jugaklah, mana mamat ni kenal aku. Takkan kawan aku ni cerita pasal aku kat sidia? Rupa-rupanya, Mr. Mewangi ni nampak gambar aku dalam handfon kawan aku. Tapi time tu aku dah ada boifren dah. So kononnya “He’s the one” lah! So setia, tak nak layan lelaki lain. Sekali kena tinggal jugak! Puihhh! Lepas aku break dengan ex aku tu, diam dah. Tak dengar dah pasal Mr. Mewangi ni. Aku pon tak ambil tau sangat pasal dia. Al-maklumlah, tengah dalam fasa frust menonggeng!

                Bila aku dah move on, kawan aku cakap yang Mr. Mewangi ni mintak lagi nombor telefon aku. Time tu aku fikir, kawan je kan.. Apa salahnya? So kawan aku ni pun bagilah nombor aku kat sidia. So dari situ mulalah detik perkenalan kami. Aku tak ingat tarikhnya, yang aku ingat tahun 2008. Aku tak nafikan yang aku selesa dengan dia. Eleh, dalam telefon kan. Semua orang boleh jadi pelakon, bukan jadi diri sendiri. Tapi takpelah, aku pun just nak kawan gitu-gitu je. Tak lebih pun.


Sampai sini dululah. Kang kalau panjang sangat entry, aku nak baca balik pun tak larat. Heeeeee..

Friday 12 December 2014

Resepi : Paprik Ayam Sempoi Punya!




Assalamualaikum semua..
Apa kaba? Baru perasan, sebulan sekali baru ada entry baru. Heeeeee.. Ini adalah disebabkan bz + takde idea nak post entry. Dalam kepala ni dok proses coding je memanjang. So maafkan sayalah ye! Peace!

Since dah kerja ni, memang saye rajin bawak bekal.Al-maklumlah, gaji pun ngam-ngam je, tapi bolehlah. Demi masa depan yang cerah, perlulah ada simpanankan. Nak adakan simpanan tu, kenalah jimat sikit. Heeeeeee. Cara saya jimat adalah dengan memasak dan bawak bekal. At least boleh jimat duit makan untuk buat shopping. Jimat tu jimat jugak, shopping tu perlu. Bukan membazir, tapi membeli keperluan. Eh..eh..eh..

Owkay, malas cerita panjang. Saya nak share resepi yang saya baru belajar dari bonda tercinta.

Paprik Ayam Sempoi Punya! Bonda saya sangatlah memahami anaknya yang ada skill memasak tapi saje malas nak tunjuk, so dia pun ajarkan saya menu yang agak sempoi tapi pasti sedap hingga menjilat jari.

Bahan-bahan :
Ayam (Yang telah dipotong kecik-kecik. Saiz potongan ikut suka koranglah)
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Sos Tomato
Cili kisar
Daun Sup
Lobak Merah (Sayur optional. Ikut hangpa lah suka masukkan sayoq apa)

Cara-caranya :

Gaul ayam yang telah dipotong tu dengan kunyit dan garam. Sebab kita kena goreng dulu, baru shedapp..! Tapi jangan garing sangat.

Settle goreng ayam, ketepikan dulu untuk buat kuah paprika sempoi.

Tumis bawang putih, bawang merah dan halia.

Bila tumisan sudah kuning dan naik bau semerbak menggoda-goda, masukkan cili kisar. Ikut citarasa pedas koranglah.

Bila minyak sudah pecah, masukkan gula dan secukup rasa. Saya tak pandai main garam, so berani guna secukup rasa je.. Heeeee..

Kalau nak kuah, masukkan air.

Kemudian, masukkan ayam.

Last sekali, masukkan lobak merah dan daun sup.

Lepas tu rasa, kalau sedap tu jadik lah! Tapi saya berani kerat jarilah. Komfem sedap punye!


Siap! Dah bole makan! Weeeeeee~



Wednesday 19 November 2014

Mungkin Ada Hikmah-Nya




Assalamualaikum semua..

Bersawang habis! Jenuh nak bersihkan!

Maaflah, sejak kebelakangan ini sangatlah bz. Mengalahkan menteri. Apa tidaknya, weekdays sah-sah kena kerja. Weekend pulak bz dengan kenduri kawan saja. Kawan semua berlumba-lumba mendirikan masjid.

Aku?

Bila?

In shaa Allah, dalam perancangan. Korang doakan owkay. (Cium sikit!)

So entry kali ini adalah kesinambungan dengan entry yang sebelum ini. Munculnya seseorang dalam hidup aku dan aku tak nafikan dia telah tersimpan elok dalam hati aku. Moga Allah izinkan dia berada dalam hati aku buat selama-lamanya.

Lepas isyak semalam, Allah izinkan aku untuk membaca al-quran. Thanx Allah :)

Dan aku terjumpa ayat ini, ayat yang membuatkan aku terfikir tentang diri aku dan jodoh aku.

Adakah dia benar-benar jodoh yang tertulis di Luth Mahfuz aku?

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam). Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.

Surah al-Baqarah – Ayat 221

Seorang perempuan wajib untuk mencari yang sekufu dengannya. Kerana perempuan tugasnya adalah dibimbing.

Perkara ini sering aku fikirkan sejak  hadirnya dia dalam hidup aku. Mungkin sebab dari segi agama, dia bukanlah seorang yang pakar. Tetapi aku percaya, dia berusaha ke arah itu.


Mungkin ada hikmah Allah hantarkan dia pada aku. Oleh sebab itu, aku akan cuba untuk pikul amanah itu. Moga Allah memberikan aku kekuatan untuk membimbing dirinya.

Wednesday 8 October 2014

Hati Kini Berirama Semula



Alhamdulilah..

Betul kata orang, apa yang terjadi pasti ada hikmahNya. Kesedihan dan keperitan perasaan terhadap cinta yang sedikit sebanyak membuatkan aku sudah tidak percaya pada 
CINTA. 

Tetapi sejak kehadiran seseorang dalam hati aku, actually sudah lama orang ini ada dalam hati aku, just aku yang tak berani untuk berangan terlalu tinggi sebab orang ini pun belum mampu untuk memberi komitmen yang aku inginkan. Mungkin kerana dia juga pernah dikecewakan sehingga dia juga tidak percaya pada 
CINTA.

Apa yang boleh aku katakana kini..
Aku Bahagia Sejak Kehadirannya..

Cerita kami, akan aku ceritakan dalam post akan datang..
Tungguuuuu… (Kalau ada yang sudi tunggu lah!)

Dan baru aku teringat, cerita aku ni sesuai dgn lagu Erra Fazira.. Jendela Hati.. Heeeeeeee


Jendela dan pintu
Menuju ke hatiku
Telah terkunci
Sejak berkurun nan lalu
Tiada terbayang
Tiada terfikirkan
Datang bertandang
Insan tanpa diundang
Entah bagaimana
Sejak bila bermula
Tiba-tiba hati nan sepi
Berirama kembali
Sekelipan mata
Segalanya berubah
Kelam jadi terang
Duka jadi riang
Jendela dan pintu
Menuju ke hatiku
Kini terbuka
Dengan kehadiranmu

Ya Allah..
Jika dia memang jodohku..
Jika dia memang baik untuk keluargaku..
Jika dia memang baik untuk agamaku..
Kau permudahkanlah urusan kami..

Tetapi..
Jika dia bukan jodohku..
Bukan baik untuk keluargaku..
Dan bukan baik untuk agamaku..
Kau jauhkanlah perasaan ini..
Kau tetapkan ketenangan dalam hati kami supaya redha dengan ketentuanMu..
Kau gantikanlah kami pasangan yang lebih dan yg boleh membimbing kami ke JannahMu..

Amin ya rabbalalamin......


Moga dialah Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasulullah.. In shaa Allah..

Monday 1 September 2014

Pelangi Akan Tetap Menjadi Pelangi



Tanggal 4 Ogos 2014

Apakah kamu juga tersenyum tatkala menerima pesanan dari saya? 

Seperti saya tersenyum tatkala menerima pesanan dari kamu.

Mulut mengatakan tidak tetapi hati mengiakannya.

Ramai yang menidakkan perasaan ini supaya saya tidak lagi tersilap langkah.

Tetapi malangnya saya tidak mampu untuk menipu diri sendiri....


Tanggal 8 Ogos 2014

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

(QS : Al-Baqarah, 216)

Allah bagi saya pinjam kamu sekejap, supaya saya sempat merasakan kebahagiaan. Dia ambil kamu balik, supaya saya belajar apa itu erti kehilangan. Dan mungkin juga disebabkan kamu, saya lalai dan alpa pada Dia. 

Setelah sekian lama kamu hilang, makin lama hati saya makin tenang. Kehadiran kamu secara tiba-tiba, mewarnai kembali hati ini. Pelangi yang datang tiba-tiba, dan ia juga akan hilang dengan tiba-tiba. Ini adalah dugaan-Nya pada saya. 

Pelangi akan tetap Pelangi. Dan selamanya akan jadi Pelangi....

Tanggal 9 Ogos 2014

Selama setahun saya mengubati hati yang terluka. Walaupun setahun, lukanya masih basah lagi. Kehadiran kamu yang tiba-tiba, sedikit sebanyak mengubati sedikit luka di hati. Tetapi, saya selalu berpesan pada hati agar jangan terlalu berharap. Kerana mungkin kembalinya kehadiran kamu adalah hanya sementara. Tetapi hati dan fikiran selalu tidak seiring. Hati kembali gembira dan mengharapkan agar kembalinya kamu akan membahagiakan saya. Tetapi segalanya ternyata hanyalah sementara. Saya fikirkan ianya adalah ubat tetapi sebenarnya adalah pisau yang menoreh kembali luka di tempat yang sama. Luka lama berdarah kembali. Luka lama jika ditoreh kembali, peritnya... Masya Allah....

Pelangi tetap Pelangi..
Dan selamanya akan jadi Pelangi......



Friday 15 August 2014

KAU BILA LAGI?




Assalamualaikum korang..

Apa khabar semua? Harap semua sihat dan macam biasa, aku sentiasa mendoakan korang-korang semua berada di bawah lindunganNya. J
Penat lepas aku kena bersihkan segala sawang-sawangan blog ni. Al-maklumlah, sudah start jadi wanita berkerjaya ni, memang busy je memanjang. So kalau lah..kalau lah kan..aku kata kalau… korang sudi nak tahu perkembangan aku yang terkini, bolehlah pi jenguk-jenguk facebook saya. Eh baik pulak tiba-tiba guna ‘saya’. Heeeeeeeee

Promote sikit :-
Twitter (@NurulAbdRahim_Y)

Owkaylah. Entri kali ni adalah pasal soalan yang mana-mana aku pergi, memang tak boleh lari dari jawab soalan yang sama. Iaitu KAU BILA LAGI? Apa yang korang fikir bila aku letak tajuk entri gitu? Well, biasalah kan.. Umur-umur gini memang standard lah orang dok busy body kann..

Kau bila lagi nak kahwin?

Kau bila lagi nak nikah?

Kau bila lagi nak tunang?

Kau bila kenduri?

Dush2..! Tumbuk bantal..

Depa semua : Kau bila nak kahwin?
Aku : Lambat lagi kot, belum ada calon.
Depa semua : Kau ni memilih sangat kot..!
Aku : -_-“ Pilihan pon takde, nak memilih macam mane?

Siapa yang tak nak bina masjid? Sabar dulu, aku pun baru je nak merasa gaji sendiri. Manja-manja dengan mak ayah pun tak puas lagi. Banyak benda lagi yang belum aku buat. Tanggungjawab dekat mak ayah pun banyak lagi ni. Rileks dulu.

Since aku dah dua kali terluka angkara cinta ni (acehh ayat),  cukuplah buat aku serik untuk mencari. So aku buat keputusan untuk tunggu je. Aku percaya, bila sampai masa yang tepat pasti aku akan jumpa orang yang tepat. Kalau mak ayah aku jodohkan pun, aku on je. Ye lah, orang kata restu Allah tu dari restu mak ayah. Kalau mak ayah dah restu, lagi senang kerja aku. Lagi pun taste mak ayah aku lebih kurang macam taste aku jugak. So takde hal ah!

Monday 23 June 2014

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Udang Mak Jah



Assalamualaikum u'ollssss..

Haiyooo bz bebenor teman ni sampai bersawanglah blog ni.
Bila sudah start jadi wanita bekerjaya ni (acehh).. Memang bz memanjang. 

Isnin - Jumaat memang kerjalah. Dari pagi ke petang, sampai ke malam pun ada. Nak buat guane, sudah menjadi tanggungjawab untuk mencari rezeki di bumi Allah s.w.t ni.

Owkay2, life aku memang gini. Bz bz bz bz bz dan terus bz. Tapi bz tu bz jugak, weekend still ada time berharga bersama orang-orang tersayang.

Nak cerita ni, ada satu tempat makan ni memang terbaekk lah wa cakap sama lu. Haaaaaa

Area Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tapi bila makan kat situ, kita rasa ala-ala kat Taiping Perak gitu.
Sapa dia oghang Teipeng mesti ghasa macam nun balik kampung. Betoi habaq hanggg..

Tempatnya adalah MEE UDANG MAK JAH.

Ya Allah, memang terbaek seyh mee udang nye. Dekat sini bukan mee udang je, macam-macam ada. Bila tengok menunya, memang tak tahu nak pilih. Semua nampak menyelerakan. 

Semalam menu pilihan kami adalah :
Mee Udang Special (6 Ekor Udang Besar).. 
Memang Terbaekkk..

Nasi Goreng Telur

Sup Sayur

Mai-mai, kami tunjuk kat hangpa semua..








 

Korang jangan lupa p try naaa.. Terbaekk habaq hang..

MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG, 
CAWANGAN WANGSA WALK, 
WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR 

NO TEL : 012-2931101, 03-41314430 
 Waktu Perniagaan : Isnin hingga Ahad @ 11.00 pagi hingga 11.00 malam

Monday 26 May 2014

Kuih Cara Berlauk



Assalamualaikum u'ollllssss

Apa khabar semua? Moga korang sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmatNya. aminn

Ya Allah, teruk aku nak bersihkan sawang-sawang ni. Lama sangat tak update,gini lah jadinya.

Owkay lah, entri yang aku nak post setelah sekian lama tak post, ialah...

CARA MEMBUAT KUIH CARA BERLAUK! 

Haaaaa.. sebelum ni pandai makan je, kali ni belajar buat owkay. Beli kat kedai mahal, RM 2.00 dapat 4, pastu inti dalam sikit. -_-" Kalau buat sendiri, boleh dapat banyak dan inti pon banyak. Dan yang paling penting, boleh tunjuk skill. Heeeeeee

Jom nengok bahan dan cara-caranya!


Bahan-bahan Kuih Cara
½ kilo tepung gandum
3 biji telur
1 kotak santan (optional) Nak letak boleh, tak letak pon takpe..
Garam secukup rasa
Pewarna sikit (Untuk Nampak cantik gitu)

Bahan-bahan Lauk Kuih Cara
2-3 biji bawang putih
1 biji bawang merah
2 biji ubi kentang yang dipotong dadu (Kalau ubi kentang tu besar, sebiji pun cukup da)
Daging kisar (Kuantiti ikut citarasa sendiri, kalau nak banyak letak lah banyak. Nak letak ayam kisar pon boleh.)
Serbuk kari. Bancuh dengan air. (Ikut kuantiti ubi kentang dan daging kisar)
Hirisan cili merah (Ikut citarasasa)
Daun sup (Bak kata mak saya, untuk aroma menyengat. Heeeee)




Cara-cara memasak
Panaskan minyak untuk menumis bawang putih.
Bila bawang putih dah kuning-kuning, masukkan serbuk kari yang dah dibancuh dengan air tadi.
Biarkan sehingga pecah minyak, control api sikit takut hangus nanti. Heeeeee..
Masukkan gula dan secukup rasa mengikut citarasa korang.
Kemudian, masukkan ubi kentang dan daging. Gaul sampai masak dan empuk ubi kentang dan dagingnya.
Bila masakan korang dan kering sikit, korang rasalah sikit, mana tahu ada yang kurang ke.
Kalau rasa da MeleTOP, masukkan daun sup dan cili merah tadi.
Bila rasa dah meleTOP, aroma pon da naik. Tutup api.
Sementara tunggu sejuk. Bolehlah buat kuihnya pulokk.

Untuk buat kuihnya senang sangat habaq hang.
Owkay!
Bahan-bahan tadi masukkan dalam blender, dan blender je sampai jadi air.
Kemudian, acuan Kuih Cara tu letak atas dapur.Renjis-renjis minyak sikit, sebab takut melekat nanti.
Selepas itu, masukkan bahan-bahan yang telah di blend tadi, dan masukkan inti nya. Senang.

Bila da siap, bolehlah dihidangkan dengan air the O suam. Terbaekk!



Bak kata mak saya, masak ni senang je. Campak-campak je.

Selamat Mencuba. 

Tuesday 29 April 2014

Refresh Back The Memory



Tiba-tiba rasa rindu pada zaman sekolah. Seronoknya time tu sebab tak perlu nak fikirkan tentang apa-apa. Yang kadang-kadang rasa tak best sebab malas nak pergi sekolah sebab kena belajar. Kalau pergi sekolah untuk main-main, memang best woo! Hakhak!

Kalau dapat diundurkan masa, gua nak ulang balik sama ada masa form 3 atau form 5. Sebab dua-dua tahun tu best! Walaupun time tu busy dengan nak PMR dan SPM, tapi gua enjoy tahun tu.

Masa form 3, gua famous woo kat sekolah. Gua Penolong Ketua Tingkatan tau. Tapi gua penolong yang sporting punya, janji budak-budak kelas gua bekerjasama dengan gua. Dan masa form 5 yang gua suka, sebab time ni gua baik sikit dari form 3. Sebab gua kena tukar sekolah, masuk sekolah yang majoritinya gugurl. So gua pun jadi rajin belajar. Famous gak dalam kelas sebab pandai Math (Bangga seyh!) :P

Masa gua form 5, gua ada suka gila nak mam la ngan sorang mamat ni. Mamat ni gua kenal lama da. Since gua sekolah rendah lagi. Haaaa lama kann. Gua memang gila suka lah kat mamat ni. Tapi dulu masa sekolah rendah, gua benci gila nak mam ngan mamat ni. Sebab mamat ni, kalau satu hari tak huru-hara kan hari gua kat sekolah, memang tak sah! Tapi makin lama, kitorang makin rapat lah. Semua rahsia dok share berdua. Gua sama kelas ngan mamat ni dari darjah 5 – form 1. Naik form 2 mamat ni pindah sekolah. Gua memang rasa lain beb! Tu la orang tua-tua kata, bila takde depan mata baru rase kehilangan. Makin lama gua perasan lah yang gua ni sebenarnya da tangkap lentok lah dengan mamat ni. Gila jiwang! Hakhak!

Lama gak kitorang tak contact, sebab dulu bukan macam sekarang ada macam-macam. Facebook lah! Twitter lah! Lepas tu dulu kitorang sekolah mana pakai henpon cam budak-budak sekarang. Nak call pakai public phone. Sadis! Naik form 4, gua dah pandai dah main Myspace. Zaman Myspace! Tua pulak gua rasa! Hakhak! Si mamat ni pon ada Myspace. So keep in touch semua kat situ. Tapi time ni mamat tu tengah tangkap lentok ngan sorang gugurl ni. Seyes weyh gua sentap! Tapi mamat ni da anggap gua ni macam BFF dia lah. So dalam tak ikhlas tu gua ikhlas kan diri gak tolong si mamat ni nak pikat gugurl tu. Ngok tak ngok gua ni. Ah! Lantak situ! Hakhak!

Naik form 5, bermulalah zaman bunga-bunga gua. Rupa-rupanya si mamat ni pon memang tangkap leleh da ngan gua. Tapi ni kan tahun SPM, masing-masing nak focus la konon. Heeeee! Rajin gak mamat ni sms gua. Da tak guna dah panggilan ‘aku kau’. Guna ‘saya awak’ pulak! Nak gelak guling-guling bila gua refresh the memory balik. Hakhak! Tapi seyes weyh, gua rindu masa dulu-dulu. Masa gua belum belajar lagi 

Apa tu Cinta. 
Apa tu Rindu. 
Apa tu Kecewa.

Kenapa perlu alami semua tu? Supaya ia boleh menjadikan gua manusia yang macam sekarang ni lah!