About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Wednesday 27 July 2016

Terima Kasih Allah..




Jodoh Allah telah ditetapkan dan tidak pernah silap. Bila diuji maka dekatkan diri dengan Allah. Berceritalah denganNya, yakin segenap hati dengan Allah.

Jodoh kita mungkin sebenarnya dekat dengan kita, tapi kita tak sedar. Mungkin ada beberapa halangan lagi untuk kita berjumpa dengan jodoh kita. Saat kita nak berjumpa dengannya, ada sahaja halangan dan dugaan yang tidak diduga. Ketika kita rasa kita dah bersedia dari segi mental dan fizikal tetapi dugaan datang bertimpa-timpa. Kita merungut apa yang berlaku.

Jadi Allah telah tetapkan kita bertemu dengan jodoh kita bertetapan dengan keadaan dan masa yang sesuai dengan kita. Ketika Allah rasa kita sudah sedia sepenuhnya untuk melayari bahtera ke alam perkahwinan maka Dia temukan dengan seseorang yang selayaknya untuk kita.

Jadi kenapa perlu takut?

Dia tahu yang terbaik untuk kita, mulut orang kita tak dapat nak tutup, cepat atau lambat jodoh kita itu Dia juga yang uruskan. Kita jalani dan baiki diri agar kita jadi jodoh yang baik untuk seseorang yang akan menjadi penghiasi hidup kita. Inilah suatu kaji kehidupan secara terperinci untuk membuka akal dan hati kita melalui firman Allah swt yang berbunyi :

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah"
- Adz-Zaariyat (Ayat 49)

Tak perlu sangsi dengan ketentuanNya, kerana Dia tahu yang terbaik untuk kita. Paling penting kita jalani kehidupan kita sebagai muslim sejati. Kita berusaha, bertawakal dan berserah pada Allah soal jodoh kita.

"Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka."

Allah tak pernah ambil sesuatu daripada kita, melainkan Dia nak bagi kita yang lebih baik. Allahu.

Tiada kata lain, melainkan Terima Kasih Allah.

Selepas kekecewaan yang tak pernah terfikir oleh akal, Allah memulangkan seseorang yang aku sendiri tak jangka. Kepulangan beliau, tak dinafikan yang aku gembira. Gembira tahap nak lompat-lompat mungkin. Heeeee..

Allah pulangkan beliau kembali dalam keadaan aku sedang sedih dilanda kekecewaan.

Allah pulangkan beliau kembali untuk mengubati hati yang remuk dihentam orang.

Allah pulangkan beliau kembali ketika diri aku jatuh tersembam.

Ya Allah..
Terima kasih..

Selepas apa yang telah jadi, mungkin atas dosa-dosa aku yang selalu lupa dan alpa denganMu.

Tetapi, Kau tetap hadiahkan aku sesuatu yang aku fikir dulu aku takkan dapatkannya kembali. Sayangnya Kau pada aku.

Ujian yang Allah beri, pasti ada hikmah yang Dia nak tunjuk.

Jika ini adalah yang terbaik..
Baik untuk aku..
Baik untuk keluargaku..
Baik untuk agamaku..
Kau mudahkanlah Ya Allah..
Kau peliharalah Ya Rabb..
Hanya Kau saja satu-satunya yang Maha Tahu apa yang terbaik untukku.

0 comments:

Post a Comment