About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Thursday 29 September 2016

Muhasabah Diri








Cuba kita duduk seorang diri, ambil masa sebentar untuk berfikir. Fikir sedalam-dalamnya.

Tanya diri kita :

Mengapa orang sukar untuk rapat dengan aku?
Mengapa orang buat aku rasa begini?
Mengapa aku rasa perasaan begini?

Mengapa?

Tanya seberapa banyak kali..

In shaa Allah kita pasti dapat jawapannya..

Kerana dalam hidup, kita perlu sentiasa muhasabah diri.

Untuk apa?

Untuk kita sedar bahawa, kita bukanlah manusia yang sempurna. Tiada yang sempurna dalam dunia ini melainkan hanya Dia. Allah swt...

Bila kita tanya soalan-soalan tadi, Allah pasti bagi jawapan. Jawapan yang akan membuatkan kita kembali berfikir. Mungkin kita juga pernah membuat seseorang bertanya soalan yang sama.

Hidup ini bagai roda. Kadang-kadang kita di atas. Kadang-kadang kita di bawah.

Adakah kita pernah membuat seseorang rasa apa yang kita rasakan kini?

Perasaan itu adalah salah satu cara Allah menegur kita. Jadi bersangka baiklah.

Jika tidak pasti dengan situasi, bertanya. Jangan diam dam pendam kemudian salah faham. Lebih bahaya bukan?

Semakin meningkat umur kita, semakin banyak perkara yang akan kita tempuh. Dan perkara-perkara tersebutlah yang mematangkan kita.

Experience is the best teacher....



Sunday 14 August 2016

Walimah Dan Kenduri Kahwin dalam Islam - Ustaz Emran Ahmad (1)




Hukum Mengadakan Kenduri Kahwin
Hukum mengadakan kenduri kahwin adalah sunnah dan sangat dituntut oleh Islam. Sebahagian daripada ahli ilmu dalam kalangan Mazhad Syafie' dan Zahiri berpendapat, mengadakan kenduri kahwin adalah wajib.

Namun, jumhur ulama berpegang, mengadakan kenduri kahwin adalah sunat muakad iaitu termasuk sunat yang sangat dituntut untuk dilakukan.

Hal ini kerana Rasulullah saw pernah memerintahkan seorang sahabat Baginda yang bernama Abd.Rahman bin Auf r.a bagi mengadakan majlis kenduri kahwin ketika beliau bernikah.

Rasulullah s.a.w menyatakan :

Maksudnya : "Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing."

Amalan ini bahkan berlaku kepada Rasulullah s.a.w sendiri. Ketika menikahi isteri-isteri Baginda, Rasulullah s.a.w turut mengadakan majlis kenduri bagi menjamu para sahabatnya. Antara kenduri yang paling hebat dalam kalangan isteri-isteri Baginda adalah semasa Baginda menikahi Zainab binti Zahsy r.a. Diceritakan oleh sahabat yang bernama Anas bin Malik r.a. bahawa tidak ada kenduri kahwin isteri-isteri Nabi yang melebihi kenduri kahwin isteri Baginda yang bernama Zainab. Baginda mengutuskan beliau bagi mengajak orang ramai datang ke rumah Baginda. Mereka diberi makan roti beserta daging sehingga kenyang.

Al-Imam Ibn Taimiyyah r.a. ketika ditanya tentang hukum kenduri kahwin atau walimah, maka beliau mengatakan :

"Mengadakan kenduri nikah adalah sunnah, menghadirinya adalah diperintahkan (wajib) manakala kenduri arwah pula adala makruh untuk diadakan dan juga menghadirinya. Adapun keduri bersunat atau berkhatan adalah harus. Sesiapa yang ingin menghadirinya maka datanglah dan sesiapa yang tidak mahu maka tidak payah datang."

Ringkasnya hukum mengadakan walimah atau kenduri ini tidaklah mencapai tahap wajib. Ini adalah pendapat jumhur ulama daripada Mazhab Hanafi, Maliki, Hambali dan Syafie' seperti yang termuat dalam Kitab Nailul Authar. Hal ini ditegaskan lagi oleh Imam Ibn Amir As-San'ani dalam kitabnya Subulussalam bahawa ia adalah sunat yang dituntut. Sebahagian ulama seperti Imam Syafie' turut mengatakan, tuntutan perintah walimah itu hanya ada dalam hadith Abd.Rahman bin Auf r.a. dan khusus kepadanya sahaja.

Oleh yang demikian, mengadakan walimah atau kenduri perkahwinan ini perlu dibuat mengikut kemampuan dan kesanggupan pihak pengantin. Jangan sampai dijadikan bebanan atau tekanan sehingga melewat-lewatkan perkahwinan atau terpaksa ditangguhkan perkahwinan. Ini kerana, perintah untuk bernikah itu berada pada kedudukan yang lebih utama dan lebih utama daripada perintah mengadakan kenduri perkahwinan.

Wednesday 27 July 2016

Terima Kasih Allah..




Jodoh Allah telah ditetapkan dan tidak pernah silap. Bila diuji maka dekatkan diri dengan Allah. Berceritalah denganNya, yakin segenap hati dengan Allah.

Jodoh kita mungkin sebenarnya dekat dengan kita, tapi kita tak sedar. Mungkin ada beberapa halangan lagi untuk kita berjumpa dengan jodoh kita. Saat kita nak berjumpa dengannya, ada sahaja halangan dan dugaan yang tidak diduga. Ketika kita rasa kita dah bersedia dari segi mental dan fizikal tetapi dugaan datang bertimpa-timpa. Kita merungut apa yang berlaku.

Jadi Allah telah tetapkan kita bertemu dengan jodoh kita bertetapan dengan keadaan dan masa yang sesuai dengan kita. Ketika Allah rasa kita sudah sedia sepenuhnya untuk melayari bahtera ke alam perkahwinan maka Dia temukan dengan seseorang yang selayaknya untuk kita.

Jadi kenapa perlu takut?

Dia tahu yang terbaik untuk kita, mulut orang kita tak dapat nak tutup, cepat atau lambat jodoh kita itu Dia juga yang uruskan. Kita jalani dan baiki diri agar kita jadi jodoh yang baik untuk seseorang yang akan menjadi penghiasi hidup kita. Inilah suatu kaji kehidupan secara terperinci untuk membuka akal dan hati kita melalui firman Allah swt yang berbunyi :

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah"
- Adz-Zaariyat (Ayat 49)

Tak perlu sangsi dengan ketentuanNya, kerana Dia tahu yang terbaik untuk kita. Paling penting kita jalani kehidupan kita sebagai muslim sejati. Kita berusaha, bertawakal dan berserah pada Allah soal jodoh kita.

"Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka."

Allah tak pernah ambil sesuatu daripada kita, melainkan Dia nak bagi kita yang lebih baik. Allahu.

Tiada kata lain, melainkan Terima Kasih Allah.

Selepas kekecewaan yang tak pernah terfikir oleh akal, Allah memulangkan seseorang yang aku sendiri tak jangka. Kepulangan beliau, tak dinafikan yang aku gembira. Gembira tahap nak lompat-lompat mungkin. Heeeee..

Allah pulangkan beliau kembali dalam keadaan aku sedang sedih dilanda kekecewaan.

Allah pulangkan beliau kembali untuk mengubati hati yang remuk dihentam orang.

Allah pulangkan beliau kembali ketika diri aku jatuh tersembam.

Ya Allah..
Terima kasih..

Selepas apa yang telah jadi, mungkin atas dosa-dosa aku yang selalu lupa dan alpa denganMu.

Tetapi, Kau tetap hadiahkan aku sesuatu yang aku fikir dulu aku takkan dapatkannya kembali. Sayangnya Kau pada aku.

Ujian yang Allah beri, pasti ada hikmah yang Dia nak tunjuk.

Jika ini adalah yang terbaik..
Baik untuk aku..
Baik untuk keluargaku..
Baik untuk agamaku..
Kau mudahkanlah Ya Allah..
Kau peliharalah Ya Rabb..
Hanya Kau saja satu-satunya yang Maha Tahu apa yang terbaik untukku.

Thursday 4 February 2016

N E T I Z E N Juga Anugerah Allah swt..









Semakin kita hampir tempoh tamat kehidupan di dunia maka kebiasaannya semakin berkuranglah manusia lain ada di sisi.

Jika ada sekalipun nilai dan keindahannya tidak mungkin sama ketika usia muda, berkuasa, berpangkat atau berharta.

Akhirnya, mereka yang hampir hanyalah mereka yang kasih dan cintakan kita semata-mata kerana Allah swt.

Bila kita dalam kesusahan, kesedihan ataupun kemurungan. Tidak semua yang bertanyakan khabar kita. Tetapi bila kita mula gembira dan Allah bagi pinjam sesuatu yang menggembirakan, pasti ada yang tidak senang dengan itu. Jadi orang-orang ini akan mencari mana-mana atau apa-apa sahaja point, untuk salahkan kita.

Kenapa perlu hadir orang-orang macam ni dalam kehidupan kita. Mereka ini adalah watak-watak sampingan yang Allah hadirkan untuk lebih memeriahkan hari kita.

Mungkin pada mulanya, kita akan rasa tidak senang dengan kehadiran mereka. Tetapi, jika kita sabar dan 'chill', abaikan mereka. Di situ nampak kematangan kita dalam mengawal situasi. Anggap sahaja mereka ini orang tiada kerja dan hanya ingin mencari kerja. Dalam erti kata lain..

Kesian mereka..

Tetapi jangan ketawakan mereka, sebab kalau Allah tak hadirkan mereka dalam hidup kita, hidup kita takkan rasa seronok. Dan inilah kehidupan.

Abaikan netizen-netizen yang selalu berfikiran negatif ini. Anggap diri mereka sebagai untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan kita untuk menjadi seseorang yang lebih matang dalam menempuh kehidupan di alam fana ini.

Segalanya adalah pinjaman semata-mata, di akhirat kelak yang kekal.