About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Saturday 7 February 2015

Resepi : Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Jelatah




Assalamualaikum u'olllsssss...

Apakah perkhabaran korang semua? Harap sehat la yepp.. Dan aku selalu doakan agar korang-korang semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmatNya. Aminn

Owkay lah, malas nak buang masa dah. 
Hari ini aku nak share dengan korang resepi lama tapi aku baru belajar lah.
Al-maklum lah, sekarang ni memang tengah berjinak-jinak nak rajinkan diri ke dapoq. Heeeee

Menunya adalah :- Nasi Tomato, Ayam Masak Merah dan Jelatah.

Nasi Tomato





Bahan-bahan Nasi Tomato :-

1. Bawang merah (Dihiris)
2. Bawang Putih (Dihiris)
3. Halia (Dihiris)
4. Kulit Kayu Manis (Sebatang)
5. Bunga Lawang (2 biji)
6. Buah Pelaga (3 biji)
7. Tomato Puri
8. Susu Cair
9. Beras. 
10. Air. (Sukatan air ikut beras korang banyak mana. Contoh kalau beras korang 3 cawan, maksudnya air pun 3 cawan lah)

Owkay, bila bahan-bahan semua dah best. Jom kita start buat!

Cara-cara membuat Nasi Tomato :-

1. Kalau ikut cara mak aku, terus tumis guna periuk nasi. So, panaskan minyak tumiskan Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga, Bawang Merah dan Bawang Putih sehingga naik bau.

2. Masukkan 1 tin Susu Cair.

3. Masukkan 1 tin Tomato Puri.

4. Masukkan Air. Ingat! Sukatan air mesti sama dengan kandungan beras taw!

5. Masukkan Gula dan Secukup Rasa, ikut citarasa hanga lah. Tunggu sehingga mendidih.

6. Kemudian, masukkan beras.

7. Last sekali, korang letaklah periuk nasi tadi dalam badan eletriknya, untuk masak nasi seperti biasa.

Owkay. Sementara tunggu Nasi Tomato kita masak, moh lah kita buat menu kedua pula iaitu Ayam Masak Merah.


Ayam Masak Merah


Bahan-bahan Ayam Masak Merah :-

1. Ayam (Siap digoreng separuh masak)
2. Cili kisar.
3. Bawang Merah
4. Bawang Putih
5. Halia
6. Kulit Kayu Manis
7. Bunga Lawang
8. Buah Pelaga
9. Susu Cair (1/4 tin)
10. Sos Tomato (Optional, nak letak boleh, tak letak pon takpa)
11. Kicap (Optional, bak kata mak aku, rahsia makanan jadi cantik sebab letak kicap.)

Settle semua bahan-bahan, jom start!

Cara-cara membuat Ayam Masak Merah :-

1. Blender kan semua Bawang Merah, Bawang Putih, Halia dan Cili Kisar.

2. Panaskan minyak untuk menumis Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang dan Buah Pelaga.

3. Masukkan bahan yang dah korang blender tadi.

4. Masukkan sos tomato, ikut citarasa. Tunggu sehingga pecah minyak.

5. Masukkan kicap, ni pon ikut citarasa korang.

6. Masukkan susu cair. Gula dan Secukup Rasa.

7. Nak kuah lebih sikit, tambah air 1 cawan.

8. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

9. Kacau sehingga masak, dan rasa.

10. Bila dah sedap, maksudnya korang berjayalah. Tapi aku yakin, mesti jadi punye! Heeeeeee


Dan last sekali, tak lengkaplah nasi tomato takde jelatah kan.
Yang ni paling senang dan paling kacang sekali.

Jelatah


Bahan-bahan Jelatah :-

1. Bawang Merah (Dihiris macam nak letak dalam telor goreng)
2. Cili api
3. Timun
4. Nenas

Cara-cara membuat Jelatah :-


1. Gaulkan semua bahan-bahan tu, letak gula dan garam ikut citarasa korang.

2. Rasa, kalau sedap, jadi lettew.. Heeeeeeee


Lagi sedapkan kalau korang minom dengan air ni :-

Yakult + Nata De Coco


So, selamat mencuba semua.

2 comments:

YAn GUrlz said...

Yui..sukatan beras brape yer..sbb guna 1tin tomato puri kan..

..The Colourful Of Life.. said...

Kite gune tomato puri yg 220g.. Beras 5 cawan.. Air 5 cawan.. :)

Post a Comment