About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Friday 15 February 2019

Dunia baruku.Bersama orang ketiga [Part 2 : 2nd Trimester]




Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan, ini sambungan dari Part 1.

Orang kata 3 bulan pertama iaitu 1st trimester adalah fasa yang paling ibu-ibu tak suka. Sebab time tu lah muntah-muntah, tak boleh bau itu ini, tak boleh masaklah, tak boleh tengok dapurlah.

Tapi aku, lain!

Fasa 2nd inilah yang aku baru start muntah. Dan ok, aku faham dah macam mana rasanya. Tapi alhamdulilah, muntaj takde la kerap. Just lepas makan komfem keluar! Bukan sikit2, tapi boleh kata semua keluar balik. Seronok!

Disebabkan aku tak boleh makan Mentos berangin, aku trylah makan Fisherman's Friend. Sebab tengok pengalaman morning sickness Hanis Zalikha. Dan Alhamdulilah, Fisherman's Friend mampu membuatkan aku dapat mengawal proses dari aku rasa loya muntah.



Fasa kedua ni aku kerap sakit bawah perut. Mulanya aku fikir normal sebab baby dalam perutkan. Maybe sebab tu lah kot rasa gitu. Satu hari tu aku balik kampung, seronok drive jauh-jauh, lama-lama. Lepas itu, boleh pulak tengok wayang cerita Dukun. Hihi! Balik dari tengok wayang tu, rasa sakit ni makin sakit. Sampai nak berdiri pun tak boleh. Mak aku jangan cakaplah, komfemlah risau! Esoknya emak aku ajak jumpa bidan kampung, suruhlah bidan tu tengok-tengokkan. Bidan tu urut-urut, dan dia kata 'patutlah sakit, kat bawah dah ni.' aku macam blurlah. Rupanya peranakan aku jatuh dah sebab tu sakit.

Punca Peranakan Jatuh?

  • Keturunan
  • Penuaan
  • Menopous
  • Obesiti
  • Pregnant
  • Bersalin terlalu kerap
  • Jarak kehamilan yang terlalu rapat
  • Melahirkan bayi yang terlalu besar
  • Proses bersalin yang terlalu panjang
  • Melahirkan anak dengan kaedah vakum atau forcep
  • Ketumbuhan seperti cyts dan fibroid
  • Batuk yang teruk
  • Sembelit yang kronik
  • Selalu mengangkat berat
  • Pembedahan pada bahagian pelvis
  • Pembedahan untuk membetulkan pundi kencing dan kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang
  • Jatuh terhentak dengan kuat
  • Tidak berpantang dengan baik selepas melahirkan anak atau keguguran
  • Suka menolak barang menggunakan ibu jari kaki
  • Terlalu lasak
Mungkin sebab aku terlalu aktif yang membuatkan peranakan jatuh. Dah tau pregnant, berjalan sana berjalan sini. Drive jauh-jauh, lama-lama. Haaaa kan dah mendapat!

So mommies.. beringatlah ye

Sejak dari tu, aku pun kuranglah drive. Balik Ipoh jumpa suami tercinta pun naik bas. Pergi balik kerja ayah aku hantar. Princess kan hihi.

Aku juga ada consume vitamin C. Ini pun nasihat dari suami kite. Berani nak bantah? Huhu.. Alhamdulilah vitamin juga membantu aku dalam fasa kedua ini.

Antara perkara yang seronok masa pregnant adalah bila aku dah mula dapat dengan denyutan jantung baby. Ya Allah aku masih dalam mimpi lagi yang aku mengandung (Masa tu laaaa) Aku tengah bawa ke sana sini nyawa yang Allah izinkan hidup dalam perut aku.

Hari demi hari perut semakin membesar. Aku rasa cepat penat, cepat mengah. Tidur malam pun start jadi kurang selesa. Untuk cari posisi yang selesa agak makan masa. Tapi kalau dah kaki tidur, aku tidur jugak! Heeeeeee

So sampai sini je lah pengalaman yang dapat aku share.
Tunggu new entry untuk 3rd trimester.



0 comments:

Post a Comment