About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Friday 15 February 2019

Dunia baruku.Bersama orang ketiga [Part 2 : 2nd Trimester]




Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan, ini sambungan dari Part 1.

Orang kata 3 bulan pertama iaitu 1st trimester adalah fasa yang paling ibu-ibu tak suka. Sebab time tu lah muntah-muntah, tak boleh bau itu ini, tak boleh masaklah, tak boleh tengok dapurlah.

Tapi aku, lain!

Fasa 2nd inilah yang aku baru start muntah. Dan ok, aku faham dah macam mana rasanya. Tapi alhamdulilah, muntaj takde la kerap. Just lepas makan komfem keluar! Bukan sikit2, tapi boleh kata semua keluar balik. Seronok!

Disebabkan aku tak boleh makan Mentos berangin, aku trylah makan Fisherman's Friend. Sebab tengok pengalaman morning sickness Hanis Zalikha. Dan Alhamdulilah, Fisherman's Friend mampu membuatkan aku dapat mengawal proses dari aku rasa loya muntah.



Fasa kedua ni aku kerap sakit bawah perut. Mulanya aku fikir normal sebab baby dalam perutkan. Maybe sebab tu lah kot rasa gitu. Satu hari tu aku balik kampung, seronok drive jauh-jauh, lama-lama. Lepas itu, boleh pulak tengok wayang cerita Dukun. Hihi! Balik dari tengok wayang tu, rasa sakit ni makin sakit. Sampai nak berdiri pun tak boleh. Mak aku jangan cakaplah, komfemlah risau! Esoknya emak aku ajak jumpa bidan kampung, suruhlah bidan tu tengok-tengokkan. Bidan tu urut-urut, dan dia kata 'patutlah sakit, kat bawah dah ni.' aku macam blurlah. Rupanya peranakan aku jatuh dah sebab tu sakit.

Punca Peranakan Jatuh?

  • Keturunan
  • Penuaan
  • Menopous
  • Obesiti
  • Pregnant
  • Bersalin terlalu kerap
  • Jarak kehamilan yang terlalu rapat
  • Melahirkan bayi yang terlalu besar
  • Proses bersalin yang terlalu panjang
  • Melahirkan anak dengan kaedah vakum atau forcep
  • Ketumbuhan seperti cyts dan fibroid
  • Batuk yang teruk
  • Sembelit yang kronik
  • Selalu mengangkat berat
  • Pembedahan pada bahagian pelvis
  • Pembedahan untuk membetulkan pundi kencing dan kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang
  • Jatuh terhentak dengan kuat
  • Tidak berpantang dengan baik selepas melahirkan anak atau keguguran
  • Suka menolak barang menggunakan ibu jari kaki
  • Terlalu lasak
Mungkin sebab aku terlalu aktif yang membuatkan peranakan jatuh. Dah tau pregnant, berjalan sana berjalan sini. Drive jauh-jauh, lama-lama. Haaaa kan dah mendapat!

So mommies.. beringatlah ye

Sejak dari tu, aku pun kuranglah drive. Balik Ipoh jumpa suami tercinta pun naik bas. Pergi balik kerja ayah aku hantar. Princess kan hihi.

Aku juga ada consume vitamin C. Ini pun nasihat dari suami kite. Berani nak bantah? Huhu.. Alhamdulilah vitamin juga membantu aku dalam fasa kedua ini.

Antara perkara yang seronok masa pregnant adalah bila aku dah mula dapat dengan denyutan jantung baby. Ya Allah aku masih dalam mimpi lagi yang aku mengandung (Masa tu laaaa) Aku tengah bawa ke sana sini nyawa yang Allah izinkan hidup dalam perut aku.

Hari demi hari perut semakin membesar. Aku rasa cepat penat, cepat mengah. Tidur malam pun start jadi kurang selesa. Untuk cari posisi yang selesa agak makan masa. Tapi kalau dah kaki tidur, aku tidur jugak! Heeeeeee

So sampai sini je lah pengalaman yang dapat aku share.
Tunggu new entry untuk 3rd trimester.



Friday 8 February 2019

Dunia baruku.Bersama orang ketiga [Part 1 : 1st Trimester]




Ya Allah, lama gila kot tak post. Bersawang teruk! Malas pun ye, busy pon ye. Ada yang tau dan ada yang tak tau, yang aku telah pun selamat melahirkan bayi boy. Dah 4 bulan dah. Tapi baru sekarang ada hati rajin nak berBlog.

Sebab kemalasan menaip melampau dan sebab busy uruskan anak.

Owkay aku decide nak story pengalaman pregnantlah. Heeeeee~

4 bulan dah bersalin, sumpah aku rindu nak pregnant!


1st Trimester

Memandangkan ini first pregnancy aku, jadi memang I don't know what to expect when you're expecting gitu.

Biasalah tak datang period, tapi macam takut-takut nak check sebab takut kecewa. So rilex dulu sebab aku memang ada pengalaman sebulan period lewat. Tetiba satu hari tu, sambil dok buat kerja kat ofis, makanlah gula-gula mentos yang berangin tu. Aku pelik sebab mentos tu rase ikan mentah. Memang muntahlah lepas tu. Aku suruh kawan aku rasa, dia kata sedap je mentos tu.

Pelik!

Seminggu sebelum kejadian ni, memang aku dah pi beli alat pregnancy tu. Siap bersila kat guardian dengan bff forever aku Umi. Sebab tak tau nak beli yang mana satukan. Aku beli sampai 3! Hakhak..

So lepas kejadian mentos berangin rasa ikan mentah, esoknya tanggal 14 Febuari 2018, aku bangun pagi-pagi tanpa diketahui orang lain, aku pi test. Aku test 3 kali!

1. Double line
2. Double line
3. Double line




Pekat pulak line tu! Aku macam........seyes ke ni?

Masa tu Suami kite ada kat Sabah. P berjuang katanya. Ingatkan nak lah bagi suprise lepas dia balik Sabah. Tetapi disebabkan aku excited melampau, aku teruslah bagi tau.

Alhamdulilah. 15 Febuari 2018, pi klinik untuk scan. Memang positif pregnant 8 minggu.

Bunting pelamin orang kata. Heeeeee~

Sebab aku dan suami memang set kata, lepas kahwin memang kita nak ada anak. Dan alhamdulilah Allah makbulkan.

Dengan itu bermulalah perjuangan Ibu dengan adanya Bayi dalam perutnya.




Masa 1st trimester, memang rilex. Alhamdulilah tak ada alahan seperti ibu-ibu yang lain. Makan jangan cakap, memang makan je keje aku! Tapi rasa mengantuknya tahap Ya Allah! Mengantuk je keje. Balik je kerja, sampai rumah maghrib, aku terus hanyut di atas tilam aku yang forever empuk!


Tips pemakanan dan nutrien tambahan semasa hamil 

Sebelum kahwin dan sebelum tau yang aku ni pregnant, memang aku consume Shaklee. Ala-ala nak cantik kurus gitu. Heeeeee~ Tapi lepas tau pregnant, tengok Shaklee pun aku jadi tak lalu dah. Tak tau lah pasai apa.

So antara makanan dan nutrien yang aku ambil :-
  1. Acid folid
  2. Buah delima
  3. Pati buah delima - Gulsan
  4. Susu tepung ibu mengandung - Frisomum Gold
  5. Kurma
  6. Protein Amway


Acid Folid

Asid folik ni adalah vitamin dalam kumpulan B. Kalau tak rajin nak makan buah ke, sayur ke, daging ke, so eloklah makan asid folik. Apa yang aku baca, asid folik membantu menguatkan rahim ibu (untuk yang belum preggy) dan juga mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang cacat. Wallahualam. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Buah Delima dan Pati Buah Delima
Buah delima mengandungi beberapa khasiat yang telah terbukti baik untuk jantung anda. Ia boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, yang merupakan berita baik jika anda berada di peringkat akhir kehamilan atau menghidap praeklampsia apabila tekanan darah anda mungkin akan dinaikkan. Selain kaya dengan vitamin C, buah delima sangat baik untuk sistem imun badan si ibu. Kajian telah menunjukkan bahawa makan buah delima mempunyai kesan positif ke atas kesihatan tulang dan baik untuk bayi anda.
Rasanya ramai kot ibu-ibu tahu yang buah delima ni mempunyai banyak khasiat anti-oksida. Jadi sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai kulit kering, jerawat dan menggalakkan pertumbuhan semula sel yang sihat. Harus diingatkan juga, saya galakkan ibu makan buah delima daripada ambil pati disebabkan dalam pati mungkin ada gula tambahan dan tak seasli pengambilan buah delima. Satu biji buah delima dalam RM3-4 manakala pati delima dalam RM15 macam tu. Kalau terlalu manis, boleh minum air lepas minum pati delima ( 2 kali sehari ). 

Susu Tepung Ibu Mengandung - Frisomum Gold
Susu tepung ini menggunakan formula DualCare+ yang membekalkan khasiat penting untuk membantu perubahan yang di alami oleh badan ibu ketika hamil, dengan asas yang baik untuk pembesaran si manja.
Formula Frisomum Gold terkini di reka khas dengan nilai angka indeks glisemik rendah boleh membantu ibu mengandung untuk mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan. Ini akan membantu ibu mengawal paras gula dalam darah dengan lebih terkawal dan mengurangkan risiko untuk menghidap kencing manis semasa hamil (GDM aka Gestational Diebetes Melitus).


Kandungan gizi yang terdapat di dalam Frisomum gold untuk manfaat bersama.

  1. Susu ini mengandungi DualCare+ iaitu formulasi yang mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, prebiotik dan probiotik.
  2. Khasiat ini diperlukan badan untuk menyokong pencernaan sihat, sambil memastikan ibu sentiasa selesa sepanjang kehamilan mereka.
  3. Ia juga mengandungi asid folik, DHA, kalsium, vitamin B12, vitamin D dan iodin untuk menyokong asas pembesaran yang baik untuk si manja.
Susu ini telah di uji secara klinikal, dan ia mempunyai nilai indeks glisemik rendah. Semua makanan mempunyai nilai indeks glisemik tersendiri. Semakin rendah nilainya, semakin lambat ia di hadam dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Ini sangat penting  untuk membantu ibu hamil mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan dan sedikit sebanyak menghindari risiko diabetes. Makanan yang mempunyai GI rendah akan dicernakan, diserap dan dimetabolismekan dengan lebih perlahan.


Kurma
Kurma merupakan makanan sunnah utama. Tak perlu kot nak explain kebaikan kurma ni? hihi. Mengikut kajian, pengambilan kurma mampu melancarkan proses melahirkan bayi. Ni dalam artikel matsaleh pun ada sebut. Menurut kajian itu juga, wanita yang makan 6 biji kurma sehari selama empat minggu sehingga due date mereka nyata lebih cenderung mudah melahirkan bayi,  membantu merangsang pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

Owkay, so itulah pengalaman masa 1st trimester.
To be continued... untuk 2nd Trimester!