About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Friday 28 April 2017

Ruang



Ruang....
Manusia memerlukan ruang.

Ruang apa?

Ruang tika untuk berfikir..
Ruang tika untuk bermuhasabah..

Adakah tindakan yang dilakukan atau adakah keputusan yang dibuat, adalah benar atau tidak.

Entah..
Makin lama makin tidak tahu.

Istikharah! Tidak!

Taubat dahulu, kemudian istikharah.

Hamba yang penuh noda dan dosa, ada hati nak bertanya.
Taubat dahulu! Kemudian tanya.

Tapi takut! Takut jawapan yang diinginkan, sebenarnya terjadi di sebaliknya.
Kita nak yang ini, tapi Dia kata yang itu.
Manusia, memang susah nak terima hakikat.

Susah!
Tidak, mudah..

Just follow the flow.........



Friday 21 April 2017

Terlena




Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena.
Belum sempat berzikir di waktu pagi.
Hari sudah menjelang siang.
Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.

Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.

Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.

Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.

Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? 

Berseronok dengan usia?.

Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30.
Sebentar kemudian 40.
Tidak lama terasa menjadi 50.
Dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.

Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....

Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.

Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?.

Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.

Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?.

Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?.

Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.

*Al Marhum Prof Hamka*

Wednesday 12 April 2017

Head Of Department




Apakah maksud Head Of Department?


Apakah tanggungjawab Head Of Department?


Susah atau senang jadi Head Of Department?


Apakah ciri-ciri Head Of Department?

Siapa antara kita yang pernah terfikir soalan di atas? Sebelum ini aku tak pernah ambil tahu pun, tetapi apa yang aku tahu, nak jadi ketua ni bukan senang. Sebab itu aku taknak jadi ketua. Prefer jadi orang bawah even selalu dipergunakan. Tetapi sekurang-kurangnya aku tidak perlu menanggung dosa jika tidak menjalankan tanggungjawab atau amanah yang diberi.

Amanah! Tanggungjawab!

Bukan di sini sahaja kita akan ditanya tentang dua perkara itu, di akhirat sana nanti juga kita akan ditanya. So ready kah kita? 

Tepuk dada, tanya iman kita.

Kepada yang Islam, pasti faham apa yang cuba aku sampaikan.

Allah..
Moga Kau tetap lindungi aku dan orang-orang yang dekat dengan diriku.

Berdiam diri bukan kerana menyerah kalah, cuma malas untuk memperbesarkan perkara-perkara dunia.

Fikirlah, jika selesa begini.. Teruskan..

Tetapi jangan lupa, bumi ini juga bulat. Sekarang kita di atas, bukan selamanya kita di atas.

Jangan terlupa, kita tetap ada yang di atas. Yang tidak pernah tidur. 

Yang Maha Berdiri
Yang Maha Mendengar
Yang Maha Mengetahui