About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday 13 October 2013

Jom Kita Puasa Arafah.. =)

Assalamualaikum renungan bersama:

Semua yg terlibat dgn ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut & memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Apabila kamu telah melihat anak bln zulhijjah & salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." 

 * Hadith Riwayat Muslim

2. Isnin 14 Okt = Hari Arafah 9 zulhijjah. * mari lah kita berpuasa.

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji.

Fadhilatnya sangat besar sebagaimana di jelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya
: Rasullullah s.a.w. telah di tanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud:
 "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu & tahun-tahun kemudiannya." 

 * Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi

3. Takbir raya Aidil Adha selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah = 14 Okt.... dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. * masuk magrib 14 zulhijjah tamat.

4. Selasa 15 Okt = 10 Zulhijjah Eidul Adha Solat Raya Bawa semua anak, isteri termasuk yg uzur/haid.

Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda :
 “Tidak ada amal yg di lakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 Zulhijjah– 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyakkanlah membaca : tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” 

 * HR. Ahmad & Sanad nya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir

Baginda memerintah kan para wanita yang sedang haid utk turut serta menghadirkan diri di musolla hanya untuk menyaksikan upacara solat Hari Raya tersebut.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata :
أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ,
فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.
Maksudnya : Kami telah di perintah kan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, utk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yg sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar.

Ibnu ‘Aun berkata : “atau wanita-wanita pingitan,” & wanita2 yg haid diperintahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam agar menyaksikan jamaah kaum muslimin & dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. * Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.



In shaa Allah..



0 comments:

Post a Comment