About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Saturday 15 June 2013

Selamat Hari Bapa..Ayah..

Assalamualaikum..
Post kali ini, aku nak ceritakan kat korang tentang insan yang amat-amat-amat-amat-amat lah aku syg gile-gile-gile-gile (sejuta kali). Insan itu adalah kekasih awal dan akhir aku.. Iaitu Ayah..

Nama ayah aku ialah
Encik Abd. Rahim bin Ashari..
Dialah insan yang susah payah membesarkan anak perempuan yang degil ni..(Degil sket2 je owkay)..

Ayah..
Insan yang ajarkan aku erti kasih sayang..
Sering menanamkan dalam diri aku apa itu kasih sayang..
Tak kiralah sesama insan ataupun makhluk lain..

Ayah..
Insan yang selalu menunaikan apa saja keinginan aku..
Selagi perkara tu tak melanggar syarak, dia akan sedaya-upaya tunaikannya..
Even kadang-kadang tak masuk akal..

Ayah..
'Superman' untuk aku..
Akan melindungi aku sentiasa..
Ayah sangat-sangatlah OverProtective..
Sampai aku p dating pun.. Ayah yang hantar..Huhu..
Susah macam mana sekalipun, ayah akan usaha untuk hantar jugak aku p dating..
Sebab ayah tahu, kalau ayah tak bagi pun, aku still nak p jugak..Hakhak..
Ouh Ayah.......

Ayah..
Insan yang sangat-sangat tegas if aku nak berkawan dengan mana-mana Lelaki..
Mana-mana lelaki yang hadir dalam hidup aku..Haruslah melepasi stage dari Ayah dulu..
 Pasti akan disiasat seperti Polis Pencen..Hakhak..
Ouh Ayah......

Terima kasih Allah, sebab memberikan aku seorang insan yang takkan pernah meninggalkan aku.. Even kadang-kadang aku sering membantah kata-katanya..

Ayah..Happy Father's Day.. I lebiu lah..!! Muahhhhhhh (Sejuta Kali).. <3

Kekasih Awal dan Akhir..
Yui..

0 comments:

Post a Comment