About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Thursday 9 March 2017

Kepercayaan. Pilihan. Keputusan. Berserah.



Bila kita sudah mula percayakan seseorang atau sesuatu perkara, kita teruskan percaya. Dan apabila tiba-tiba kita dapat tahu yang kita percaya itu salah! Tak dapat nak digambarkan perasaan itu. Sedih dan kecewa itu sudah pasti. Takut? Aku tipu kalau aku kata aku berani. 

Aku takut sebenarnya, dan lebih kepada rasa tidak selamat. Kenapa? Kau akan tahu jika kau rasa apa yang aku rasa. 

Aku lari dari sejarah kerana aku tidak diberi kepercayaan, aku datang kerana aku mahu bina kepercayaan. 

Tetapi..

Lama kelamaan, kepercayaan yang berjaya aku bina.. Punah! Musnah!

Aku ingin lari, tetapi kaki aku melekat di sini.

Istikharah! Ya! Aku perlu istikharah..

Tanya padaNya, apa perlu aku lakukan? Ke mana aku harus pergi? Adakah aku perlu tunggu atau terus berjalan mungkin juga berlari.

Aku tidak pasti, jawapan hanya ada pada Dia.

Rezeki. Ajal. Jodoh. Semua ada pada Dia. Dia telah susun cantik untuk aku, hanya terserah kepada aku untuk aku berserah padaNya. Kerana aku sumpah! Aku tak tahu.

Aku takut, kerana takut jika tersilap lagi!

Moga Allah memberi petunjuk kepada aku dan kita. Lindungi kita dari fitnah dunia.


Thursday 2 March 2017

Jangan Jadi Lalang

Sifat lalang kebiasaannya adalah berdiri tegak, kemudian ikut sahaja arah angin, melentik-lentik sebelum kembali tegak. Lalang kebiasaannya hidup di atas padang rata, di lereng bukit, di atas tanah pastinya, yang tidak terganggu oleh aktiviti manusia, berpandukan kedamaian dan jangka masa yang panjang, ketenangan, namun menyemakkan, sebagai simbol kemalasan, tidak mendatangkan hasil, tidak produktif serta menyusahkan, lebih kepada sesuatu yang negatif. Menyerap segala nutrien dan zat0zat yang terkandung di dalam tanah, namun tiada hasil, makin merosakkan struktur tanah. Lama-kelamaan akan merosakkan tanah di tempat mereka tumbuh, merekah dan kering serta berdebu. . 



Cuba pandang sekeliling anda, rakan-rakan, adik beradik, jiran tetangga, rakan di tempat kerja, mereka yang selalu tidak tetap dengan seorang rakan baik, selalu sahaja bertukar rakan, selalu mudah tersenyum plastik, tidak mudah melatah dengan beberapa khabar angin mengenai diri mereka, mereka yang berkawan dengan mereka yang tinggi status sahaja.

Mereka ini sebenarnya bermula dari bawah, dari kosong, tiada apa-apa yang perlu di banggakan, Namun pengalaman dari seharian seperti banyak bertanya dan banyak bercakap, banyak menerima nasihat, banyak berkawan telah memajukan diri mereka. Dengan hasil semua yang dilakukan, mereka dalam masa yang singkat telah berjaya menaikkan taraf hidup mereka, dari seorang pengikut sehingga telah mewujudkan segerombolan manusia menjadi pengikut mereka.

Mereka ini tidak berpendirian tetap, cepat sahaja berubah fikiran, suka melaga-lagakan sesama manusia, mempunyai personaliti untuk membuatkan masyarakat sekeliling cepat mempercayai mereka dalam masa yang singkat, pandai bermuka-muka dengan pelbagai lapisan orang, menjadi penyokong setia seseorang demi seseorang, silih berganti terutamanya orang yang berpengaruh dalam sesuatu komuniti.

Walaubagaimanapun,

di sebalik kejayaan mereka ini, pengorbanan atau implikasi bagi menaikkan diri mereka adalah dengan menjatuhkan seseorang yang cukup mereka kenali, orang yang saban hari memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam memajukan diri mereka. Dengan itu mereka dapat menggantikan orang yang mereka jatuhkan, dan manusia sekeliling hanya pada mulanya mengumpat dan mengeji buat seketika terhadap mereka, namun kemudian setelah seketika masa, telah melupakan segalanya.Ah, manusia memang begitu, lalai dan alpa, mudah memaafkan lebih-lebih lagi yang tidak berkaitan dengan diri mereka.

Kita dapat melihat dengan jelas dan nyata manusia seperti ini dalam situasi semasa politik malaysia, ada sahaja yang mereka lakukan, ada sahaja tindakan drastik yang mereka fikirkan, ada sahaja kekurangan pada diri orang lain yang mereka nampak, cepat sahaja kesilapan sendiri di tutup kemas, pandai sahaja mereka mempergunakan kepetahan dan fakta undang-undang untuk menjatuhkan seseorang yang sepatutnya kita hormati dan sekelumit pun sepatutnya tidak wujud perasaan sangsi, bijak mengatur kronologi supaya mencetuskan kekecohan dan mengapi-apikan sesama rakyat.

Dan mereka juga bukan calang-calang orang, mereka sesungguhnya di katergorikan sebagai penjenayah kolar putih, tidak melakukan sesuatu perkerjaan dengan mereka sendiri, menyuruh secara terang-terangan penyokong setia mereka berbuat sesuatu, bermain ayat secara halus untuk mempengaruhi tindakan seseorang. Beginikah pemimpin yaang harus di letakkan kepercayaan kita untuk masa hadapan.

Definasi lalang ini sungguh luas dan tidak terbatas kepada politik sahaja, cuma politik lebih menarik minat dan sentiasa menjadi topik panas kini. Ia boleh menjadi sesiapa sahaja, di mana sahaja, di pelbagai lapisan manusia, anda mungkin salah seorang dari lalang ini, cuma tidak perasaan atau segera menafikannya. berubahlah, jangan cuba menjatuhkan sesama manusia, kita hidup di dunia yang satu, bumi yang satu, dan kita harus bersatu hidup di dunia ini.