About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Friday 31 July 2015

Salam Raya




Assalamualaikum semua,

Alhamdulilah 15 Syawal sudah, so belum terlambat lagi rasanya untuk Yui wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. 

0-0 yepp :)

Jubah by FynnJamalRTW :)



Buat pertama kalinya Yui menyambut aidilfitri sebagai tunangan orang. Korang doakan yang baik-baik taw untuk Yui. Cium sket! Heeeeee

Entry kali ini tak banyak nak cerita, saja post entry pagi ini. Sebab sudah dua entry yang lepas semua yang touching-touching je kan, biasalah dalam perhubungan pasti ada pasang surutnya. Just doa yang baik-baik saja. Semuanya dan segalanya Allah swt yang tentukan, kita hanya mampu merancang saje. Sehebat-hebat perancang ialah Allah swt.

Raya tahun ini tak banyak pulak yang panggil p open house. Awat ehh? Huhu.. So Yui p raya ke rumah-rumah saudara je lah. Tahun ni tak dapat soalan klishe dah, sebab dah tukar status tahun ni. Alhamdulilah. 

Tak dapat soalan klishe, tapi dapat soalan cepuk cemas.

Orang Bertanya : Yui, macam mana boleh jadi macam sekarang ehh?

Yui Menjawab : Maksud akak?

Orang Bertanya : Ye la, akak nampak Yui sekarang dah berubah. Tudung labuh sket, baju pun dah longgar-longgar, pakai stokin lagi. Macam mane boleh jadi macam ni?

Yui tak pernah terfikir orang akan bertanya macam itu. Sebenarnya dah lama dah rasa nak berhijrah jadi macam ini. Tapi kekuatan itu belum ada. Macam-macam cubaan yang datang yang buat rasa down. Perkataan 'Nantilah' tu selalu nau datang. Tulah.. Syaitanirajim! Hakhakhak..

Tapi Alhamdulilah, doa yang tak putus-putus. Kerap join majlis-majlis ilmu. Kawan-kawan baik pun belajar sama untuk hijrah, Alhamdulilah Allah izinkan Yui untuk buang perkataan 'Nantilah' tu. Betul kata orang, bila kita pasang niat untuk berubah ke arah kebaikan, Allah pasti mengirimkan kita dengan orang yang baik-baik je.

Dalam masa yang sama juga, Allah duga Yui dengan pelbagai dugaan. Dugaan yang lebih kepada sentuhan hati. Sentuhan hati itu, alhamdulilah membuatkan Yui lebih dekat dengan Dia. Dia rindu pada Yui mungkin.

Dan Yui bersyukur sebab Allah bagi Yui pinjam family dan kawan-kawan yang sentiasa ada dalam Yui susah ataupun senang. Diorg tak pernah buat Yui rasa kosong pun. Cium banyak-banyak! :)

Orang bertanya : Apa yang Yui rasa lepas hijrah?

Lebih rasa selamat. 

Tu je yang boleh Yui jawab. Peace! Hakhakhak

Tapi Yui masih lemah, masih perlukan bimbingan. Yui masih belajar lagi. Harap korang doakan yang baik-baik untuk Yui owkay. Moga Allah melindungi dan merahmati kalian. Aminnn..

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN

Thursday 30 July 2015

Ketika Sedang Mencari.. Pelangi Datang..




Dikala diri ini mencari hati engkau yang hilang entah ke mana
Pelangi datang munculkan dirinya

Wahai hati
Di manakah engkau?
Adakah engkau tidak memerlukan diri ini lagi?
Diri ini sedar yang diri ini tidak pernah memiliki engkau wahai hati
Tetapi diri ini tidak pernah berhenti untuk berusaha
Kadang-kadang engkau membuat diri ini seakan-akan putus asa
Sehingga diri ini membuat keputusan untuk berserah sahaja

Tolonglah wahai hati
Tunjukkanlah keinginanmu 
Berilah sedikit ruang di dalamnya untuk diri ini


Wednesday 29 July 2015

Wahai Hati



Suatu ketika dahulu
Ketika diri ini tidak lagi mempercayai perkara itu
Datangnya engkau mengembalikan semula kepercayaan itu

Hati ini kian terbuai dengan belaian yang engkau berikan
Hati ini kembali percaya adanya kejujuran dan kesetiaan

Hari demi hari hati ini gembira
Hari demi hari hati ini terbuka untuk menerima

Tetapi hati ini tidak pernah bertanya pada istikharah
Kerana perjalanan yang diatur cantik berjalan di atas landasannya

Tetapi,
Hari berganti hari
Minggu berganti minggu
Bulan berganti bulan

Engkau masih di sini
Tetapi hati engkau? 
Di mana?