About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday 20 January 2015

Mengapa?



1. Kerana awak menghormati saya sebagai seorang Perempuan.

2. Kerana sikap awak yang sangat menyayangi keluarga.

3. Kerana awak sangat menghormati seorang ibu, walaupun ibu itu bukan ibu kandung awak.

4. Kerana awak mampu mengawal diri saya yang sangat keras kepala ini.

5. Kerana awak menjaga saya seperti mana emak ayah saya menjaga saya.

6. Kerana awak tidak mudah untuk jatuh cinta.

7. Kerana awak terima kelebihan dan kekurangan saya tanpa sebarang rungutan.

8. Kerana saya nampak kesungguhan awak yang ingin memiliki saya.

9. Kerana awak lebih mendekatkan saya dengan Allah s.w.t.

10. Kerana Allah s.w.t telah memilih awak untuk saya.

 Siapakah 'awak' itu? To be continued.........

Thursday 15 January 2015




Since kenduri kesyukuran aku yang lepas, maybe ramai yg mendoakan untuk aku. 
Orang semua fikir yang emak ayah aku menjemput sebab aku ada apa-apa. ngeh ngeh ngeh.. 
Time tu memang takde ape-ape pun. 
Siapa orangnya pun aku tak tau. 
Tapi macam yang aku cakap tadi, maybe ramai yang mendoakan. 
Jadi Allah telah memakbulkan doa kalian. 
Orang yang dinanti-nanti telah pun menunjukkan dirinya. 
Alhamdulilah. 
Moga beliaulah orang yang Allah dah tentukan di Luh MathfuzNya. 
Thanx Allah sebab telah memilih dirinya untuk aku. 
Hanya Kau sahaja yang Maha Tahu ape yg terbaik untuk aku selaku hambaMu yang sentiasa lalai dan alpa terhadapMu. 
Tetapi Kau tak pernah lupa untuk sentiasa memberi kebahagiaan padaku. 
Thanx Allah.

Saturday 3 January 2015

Resepi : Murtabak Bread Cheese




Assalamualaikum..
Malas nak taip panjang-panjang, just nak share resepi emak saya.

MURTABAK BREAD CHEESE ataupun MURTABAK ROTI KEJU..

Bahan-bahan untuk membuatnya adalah seperti berikut :

- Roti gardinia (Tak kesah lah roti apa yang korang suka)
- Susu kotak. (200ml) (Yang korang suka buat minum tu, tak kesah lah brand apa pun)
- Telor 4 biji.
- Mentega
- Tepung gandum sikit.
- Bawang putih dalam 3 biji. (Yang diketuk)
- Bawang besar 1 biji. (Dipotong dadu)
- Kentang yang dipotong dadu. (Ini optional, nak letak boleh, tak letak pun takpe)
- Serbuk kari daging.
- Daging cincang. (Kalau korang suka ayam, letaklah ayam)
- Cheese cheddar

Cara-cara untuk membuatnya adalah seperti berikut :

Untuk membuat inti murtabak nya!

- Panaskan minyak untuk menumis bawang putih yang telah diketuk.
- Bila bawang putih dah kuning-kuning, masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. 
- Kemudian, masukkan daging cincang. Tunggu sehingga masak.
- Lepas itu, masukkan kentang dan bawang besar.
- Kacau sehingga masak. Bila dah masak, tutup api sat. Sebab nak sediakan kulit murtabak pulokk.

Untuk membuat kulit murtabak nya!

- Kacau 4 biji telur dengan 200 ml susu kotak.
- Celupkan roti dalam adunan telur dan susu tadi.
- Dan susunkan di atas talam.

- Gunakan bekas yang korang rasa mudah untuk menyediakan murtabak. Kalau kitorg guna talam.
- Ratakan talam tersebut dengan mentega, bak kata emak saya, kalau tak nak murtabak tu melekat, letaklah sikit tepung gandum.

- Perlu buat layer by layer.
- Roti yang telah dicelup tadi sebagai tapak, 
- Kemudian atas tapak roti tersebut, letakkan inti murtabak yang telah dimasak tadi.
- Kemudian buat lagi satu layer roti yang telah dicelup tadi.
- Kalau nak mustabak korang tebal, buatlah dalam 3 layer.
- Layer atas sekali, taburkan cheese cheddar. Kuantiti ikut suka hangpa lah.



- Kemudian bakar dengan suhu 180'C dalam 45 - 50 minit, api atas dan bawah.


- Bila dah siap, try lah rasa. Komfem sedap punye. Nora bagi 4 Bintang! Heeeeee

 
SELAMAT MENCUBA!