About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Wednesday 19 November 2014

Mungkin Ada Hikmah-Nya




Assalamualaikum semua..

Bersawang habis! Jenuh nak bersihkan!

Maaflah, sejak kebelakangan ini sangatlah bz. Mengalahkan menteri. Apa tidaknya, weekdays sah-sah kena kerja. Weekend pulak bz dengan kenduri kawan saja. Kawan semua berlumba-lumba mendirikan masjid.

Aku?

Bila?

In shaa Allah, dalam perancangan. Korang doakan owkay. (Cium sikit!)

So entry kali ini adalah kesinambungan dengan entry yang sebelum ini. Munculnya seseorang dalam hidup aku dan aku tak nafikan dia telah tersimpan elok dalam hati aku. Moga Allah izinkan dia berada dalam hati aku buat selama-lamanya.

Lepas isyak semalam, Allah izinkan aku untuk membaca al-quran. Thanx Allah :)

Dan aku terjumpa ayat ini, ayat yang membuatkan aku terfikir tentang diri aku dan jodoh aku.

Adakah dia benar-benar jodoh yang tertulis di Luth Mahfuz aku?

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam). Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.

Surah al-Baqarah – Ayat 221

Seorang perempuan wajib untuk mencari yang sekufu dengannya. Kerana perempuan tugasnya adalah dibimbing.

Perkara ini sering aku fikirkan sejak  hadirnya dia dalam hidup aku. Mungkin sebab dari segi agama, dia bukanlah seorang yang pakar. Tetapi aku percaya, dia berusaha ke arah itu.


Mungkin ada hikmah Allah hantarkan dia pada aku. Oleh sebab itu, aku akan cuba untuk pikul amanah itu. Moga Allah memberikan aku kekuatan untuk membimbing dirinya.