About me

My Photo
..The Colourful Of Life..
Just call me Yui.. Love kids, cats and chocolate.. Love my family and friends..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Friday 15 August 2014

KAU BILA LAGI?




Assalamualaikum korang..

Apa khabar semua? Harap semua sihat dan macam biasa, aku sentiasa mendoakan korang-korang semua berada di bawah lindunganNya. J
Penat lepas aku kena bersihkan segala sawang-sawangan blog ni. Al-maklumlah, sudah start jadi wanita berkerjaya ni, memang busy je memanjang. So kalau lah..kalau lah kan..aku kata kalau… korang sudi nak tahu perkembangan aku yang terkini, bolehlah pi jenguk-jenguk facebook saya. Eh baik pulak tiba-tiba guna ‘saya’. Heeeeeeeee

Promote sikit :-
Twitter (@NurulAbdRahim_Y)

Owkaylah. Entri kali ni adalah pasal soalan yang mana-mana aku pergi, memang tak boleh lari dari jawab soalan yang sama. Iaitu KAU BILA LAGI? Apa yang korang fikir bila aku letak tajuk entri gitu? Well, biasalah kan.. Umur-umur gini memang standard lah orang dok busy body kann..

Kau bila lagi nak kahwin?

Kau bila lagi nak nikah?

Kau bila lagi nak tunang?

Kau bila kenduri?

Dush2..! Tumbuk bantal..

Depa semua : Kau bila nak kahwin?
Aku : Lambat lagi kot, belum ada calon.
Depa semua : Kau ni memilih sangat kot..!
Aku : -_-“ Pilihan pon takde, nak memilih macam mane?

Siapa yang tak nak bina masjid? Sabar dulu, aku pun baru je nak merasa gaji sendiri. Manja-manja dengan mak ayah pun tak puas lagi. Banyak benda lagi yang belum aku buat. Tanggungjawab dekat mak ayah pun banyak lagi ni. Rileks dulu.

Since aku dah dua kali terluka angkara cinta ni (acehh ayat),  cukuplah buat aku serik untuk mencari. So aku buat keputusan untuk tunggu je. Aku percaya, bila sampai masa yang tepat pasti aku akan jumpa orang yang tepat. Kalau mak ayah aku jodohkan pun, aku on je. Ye lah, orang kata restu Allah tu dari restu mak ayah. Kalau mak ayah dah restu, lagi senang kerja aku. Lagi pun taste mak ayah aku lebih kurang macam taste aku jugak. So takde hal ah!