Assalamualaikum semua..
Bersawang habis! Jenuh nak bersihkan!
Maaflah, sejak kebelakangan ini sangatlah bz. Mengalahkan menteri. Apa tidaknya, weekdays sah-sah kena kerja. Weekend pulak bz dengan kenduri kawan saja. Kawan semua berlumba-lumba mendirikan masjid.
Aku?
Bila?
In shaa Allah, dalam perancangan. Korang doakan owkay. (Cium sikit!)
So entry kali ini adalah kesinambungan dengan entry yang sebelum ini. Munculnya seseorang dalam hidup aku dan aku tak nafikan dia telah tersimpan elok dalam hati aku. Moga Allah izinkan dia berada dalam hati aku buat selama-lamanya.
Lepas isyak semalam, Allah izinkan aku untuk membaca al-quran. Thanx Allah :)
Dan aku terjumpa ayat ini, ayat yang membuatkan aku terfikir tentang diri aku dan jodoh aku.
Adakah dia benar-benar jodoh yang tertulis di Luth Mahfuz aku?
“Dan janganlah
kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman
(memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu
lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati
kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan
lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam). Dan
sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang
lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.”
Surah al-Baqarah – Ayat 221
Seorang perempuan wajib untuk mencari yang sekufu dengannya.
Kerana perempuan tugasnya adalah dibimbing.
Perkara ini sering aku fikirkan sejak hadirnya dia dalam
hidup aku. Mungkin sebab dari segi agama, dia bukanlah seorang yang pakar.
Tetapi aku percaya, dia berusaha ke arah itu.
Mungkin ada hikmah Allah hantarkan dia pada aku. Oleh sebab
itu, aku akan cuba untuk pikul amanah itu. Moga Allah memberikan aku kekuatan
untuk membimbing dirinya.