Assalamualaikum korang..
Apa khabar semua? Harap semua sihat dan macam biasa, aku
sentiasa mendoakan korang-korang semua berada di bawah lindunganNya. J
Penat lepas aku kena bersihkan segala sawang-sawangan blog
ni. Al-maklumlah, sudah start jadi wanita berkerjaya ni, memang busy je
memanjang. So kalau lah..kalau lah kan..aku kata kalau… korang sudi nak tahu
perkembangan aku yang terkini, bolehlah pi jenguk-jenguk facebook saya. Eh baik
pulak tiba-tiba guna ‘saya’. Heeeeeeeee
Promote sikit :-
Facebook (www.facebook.com/peminat.kukelet)
Twitter (@NurulAbdRahim_Y)
Owkaylah. Entri kali ni adalah pasal soalan yang mana-mana
aku pergi, memang tak boleh lari dari jawab soalan yang sama. Iaitu KAU BILA
LAGI? Apa yang korang fikir bila aku letak tajuk entri gitu? Well, biasalah
kan.. Umur-umur gini memang standard lah orang dok busy body kann..
Kau bila lagi nak kahwin?
Kau bila lagi nak nikah?
Kau bila lagi nak tunang?
Kau bila kenduri?
Dush2..! Tumbuk bantal..
Depa semua : Kau bila nak kahwin?
Aku : Lambat lagi kot, belum ada calon.
Depa semua : Kau ni memilih sangat kot..!
Aku : -_-“ Pilihan pon takde, nak memilih macam mane?
Siapa yang tak nak bina masjid? Sabar dulu, aku pun baru je
nak merasa gaji sendiri. Manja-manja dengan mak ayah pun tak puas lagi. Banyak
benda lagi yang belum aku buat. Tanggungjawab dekat mak ayah pun banyak lagi
ni. Rileks dulu.
Since aku dah dua kali terluka angkara cinta ni (acehh
ayat), cukuplah buat aku serik untuk
mencari. So aku buat keputusan untuk tunggu je. Aku percaya, bila sampai masa
yang tepat pasti aku akan jumpa orang yang tepat. Kalau mak ayah aku jodohkan
pun, aku on je. Ye lah, orang kata restu Allah tu dari restu mak ayah. Kalau
mak ayah dah restu, lagi senang kerja aku. Lagi pun taste mak ayah aku lebih
kurang macam taste aku jugak. So takde hal ah!