Assalamualaikum u'ollllssss
Apa khabar semua? Moga korang sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmatNya. aminn
Ya Allah, teruk aku nak bersihkan sawang-sawang ni. Lama sangat tak update,gini lah jadinya.
Owkay lah, entri yang aku nak post setelah sekian lama tak post, ialah...
CARA MEMBUAT KUIH CARA BERLAUK!
Haaaaa.. sebelum ni pandai makan je, kali ni belajar buat owkay. Beli kat kedai mahal, RM 2.00 dapat 4, pastu inti dalam sikit. -_-" Kalau buat sendiri, boleh dapat banyak dan inti pon banyak. Dan yang paling penting, boleh tunjuk skill. Heeeeeee
Jom nengok bahan dan cara-caranya!
Bahan-bahan Kuih Cara
½ kilo tepung gandum
3 biji telur
1 kotak santan (optional) Nak letak boleh, tak letak pon
takpe..
Garam secukup rasa
Pewarna sikit (Untuk Nampak cantik gitu)
Bahan-bahan Lauk Kuih Cara
2-3 biji bawang putih
1 biji bawang merah
2 biji ubi kentang yang dipotong dadu (Kalau ubi kentang tu
besar, sebiji pun cukup da)
Daging kisar (Kuantiti ikut citarasa sendiri, kalau nak
banyak letak lah banyak. Nak letak ayam kisar pon boleh.)
Serbuk kari. Bancuh dengan air. (Ikut kuantiti ubi kentang
dan daging kisar)
Hirisan cili merah (Ikut citarasasa)
Daun sup (Bak kata mak saya, untuk aroma menyengat. Heeeee)
Cara-cara memasak
Panaskan minyak untuk menumis bawang putih.
Bila bawang putih dah kuning-kuning, masukkan serbuk kari
yang dah dibancuh dengan air tadi.
Biarkan sehingga pecah minyak, control api sikit takut
hangus nanti. Heeeeee..
Masukkan gula dan secukup rasa mengikut citarasa korang.
Kemudian, masukkan ubi kentang dan daging. Gaul sampai masak
dan empuk ubi kentang dan dagingnya.
Bila masakan korang dan kering sikit, korang rasalah sikit,
mana tahu ada yang kurang ke.
Kalau rasa da MeleTOP, masukkan daun sup dan cili merah
tadi.
Bila rasa dah meleTOP, aroma pon da naik. Tutup api.
Sementara tunggu sejuk. Bolehlah buat kuihnya pulokk.
Untuk buat kuihnya senang sangat habaq hang.
Owkay!
Bahan-bahan tadi masukkan dalam blender, dan blender je
sampai jadi air.
Kemudian, acuan Kuih Cara tu letak atas dapur.Renjis-renjis
minyak sikit, sebab takut melekat nanti.
Selepas itu, masukkan bahan-bahan yang telah di blend tadi,
dan masukkan inti nya. Senang.
Bila da siap, bolehlah dihidangkan dengan air the O suam.
Terbaekk!
Bak kata mak saya, masak ni senang je. Campak-campak je.
Selamat Mencuba.